fbpx

HTC ada berita tentang Android 9 Pie untuk U11, U11+ dan U12+

Sudah pertengahan bulan ketiga untuk 2019, tetapi masih tiada berita mengenai HTC tahun ini. Nasib baik, baru-baru ini HTC berkongsi satu khabar untuk pengguna telefon pintar keluaran mereka. Satu berita baik.

HTC kini sedang mengusahakan kemaskini Android 9 Pie untuk telefon pintar U11, U11+ dan U12+. Ia akan dilepaskan untuk pengguna bermula suku kedua 2019. Bermakna, paling cepat bermula April akan datang. Masa yang lebih tepat berbeza mengikut negara.

HTC tidak pula menyatakan model lain berkenaan kemaskini Android 9 Pie. Mungkin tiada rancangan untuk model lain kerana ia bukan dalam kategori flagship.

Langkah yang diambil HTC ini agak mengecewakan ramai peminat kerana ianya terlalu lambat, memandangkan Android Q akan diumumkan pada bulan Mei depan. Adakah ini petanda HTC akan hilang ditelan zaman? Seperti apa yang terjadi kepada Nokia dan Blackberry satu ketika dahulu?

BACA  Tanda Kalendar Anda, KFC Edar Ayam Percuma Sempena Hari Ayam Goreng Kebangsaan