• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab perkenal servis baru di KL, sewa kereta mewah dengan pemandu

  • OLEH Najib
  • 6:59 pm
  • 13/03/2019
  • Komen
Grab perkenal servis baru di KL, sewa kereta mewah dengan pemandu
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memperkenalkan servis Grab Food dan Grab Delivery, Grab dilihat mula menawarkan satu servis baru, sewa kereta mewah bersama pemandu. Bunyi macam sama dengan servis Grab biasa tetapi ia dipanggil Grab Rent.

Servis ini telah diuji di Kota Kinabalu bermula bulan Oktober tahun lepas, dan kini telah mula kelihatan di Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi, di KLCC. Ia membolehkan pengguna menyewa kenderaan dengan 6 tempat duduk, bersama pemandu sehingga 12 jam lamanya.



Di Kuala Lumpur, servis Grab Rent buat masa ini hanya boleh didapati di KLCC sahaja, dari pukul 9 pagi hingga 8 malam. Servis ini juga tidak boleh ditempah awal, ia harus ditempah pada masa yang sama.

Kenderaan yang disediakan ialah Toyota Vellfire, boleh memuatkan sehingga 6 orang penumpang. Bayaran sewaan sudah termasuk petrol dan upah pemandu, tetapi tol dan parkir perlu dibayar berasingan.



Kadar yang dikenakan untuk menggunakan servis Grab Rent di KLCC ialah:

  • 4 jam – RM480
  • 6 jam – RM680
  • 8 jam – RM880

Jika terlebih masa, pengguna akan dicaj sebanyak RM3 setiap minit. Pengguna boleh pergi ke mana sahaja dalam tempoh sewaan, tetapi destinasi akhir dihantar mestilah di mana-mana kawasan di dalam Lembah Klang. Untuk penghantaran akhir ke Genting Highlands atau KLIA/KLIA2, caj tambahan RM50 akan dikenakan.

Bayaran bagi menggunakan servis Grab Rent boleh dibuat secara tunai dan nirtunai, termasuk GrabPay.

Untuk mula menggunakan Grab Rent, lancarkan aplikasi Grab, pilih Car dan tekan pada tab Rent.

[Sumber: Vernonchan]

Tags: GrabGrab Rent
Najib

Najib

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Grab perkenal servis baru di KL, sewa kereta mewah dengan pemandu

Grab perkenal servis baru di KL, sewa kereta mewah dengan pemandu

13 March 2019
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER