• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P30 Pro sudah tersenarai di SIRIM

  • OLEH Najib
  • 10:29 am
  • 14/03/2019
  • Komen
Gambar Huawei P30 Pro ini menafikan semua khabar angin sebelum ini
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka, siri P30 di Paris pada 26 Mac nanti. Kita boleh menjangkakan ia akan tiba di Malaysia secepat mungkin selepas dilancarkan apabila P30 dilihat telah tersenarai di SIRIM.

Menggunakan kod nama VOG-L29, ia merujuk kepada telefon pintar Huawei P30 Pro. Dari senarai di SIRIM, kita boleh mendapat beberapa maklumat tentang P30 Pro. Antaranya ia dilengkapi semua band LTE yang diperlukan di Malaysia, termasuk band 850MHz dan 900MHz.



Peranti ini juga mentokong WiFi 802.11ac 2.4GHz dan 5GHz, Bluetooth, NFC, serta pengecasan wayarles. Pastinya ia juga menyokong pengecasan wayarles terbalik untuk mengecas peranti lain, seperti yang terdapat pada Mate 20 Pro.

Ia juga menyokong dwi-sim, dijangka dalam slot hibrid bersama kad memori NM ciptaan Huawei. Kad memori NM pertama kali muncul di Mate 20, memiliki saiz yang sama dengan kad sim nano.



Harga untuk siri P30 kami jangka lebih tinggi dari yang ditawarkan pada siri P20 semasa dilancarkan tahun lepas. Memandangkan ia datang dengan sistem kamera yang lebih kompleks seperti kamera periskop, harganya mungkin melebihi RM3,500 seperti Mate 20 Pro. Untuk versi P30, ia mungkin di bawah RM3,000.

Malaysia ialah pasaran penting buat Huawei. Jadi kita pasti termasuk dalam gelombang pertama jualan. Tambahan lagi, Huawei Malaysia telah memberi petunjuk bahawa mereka mungkin akan memberi Huawei Backup 1TB secara percuma buat pembeli terawal siri P30.

Maklumat lanjut tentang siri P30 ini akan kita perolehi di majlis pelancarannya pada 26 Mac 2019 di Paris. Sama-sama kita nantikan.

[Sumber: SoyaCincau, WinFuture]

Tags: HuaewiHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Gambar Huawei P30 Pro ini menafikan semua khabar angin sebelum ini

Huawei P30 Pro sudah tersenarai di SIRIM

14 March 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN