fbpx

eSIM XOX kini menyokong MNP untuk kekalkan nombor lama

XOX sebelum ini telah melancarkan eSIM yang serasi digunakan di iPhone XS dan kini XOX mengumumkan ia menerima pertukaran nombor dari rangkaian lama (MNP) untuk pelan eSIM mereka. eSIM ialah sejenis kad SIM yang telah siap dipasang di dalam peranti, membolehkan pengguna mengaktifkan talian tanpa memerlukan kad SIM fizikal.

MNP pula membolehkan anda mengekalkan nombor telefon anda apabila bertukar ke talian yang lain. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah memberitahu orang ramai apabila bertukar talian.

Dengan tawaran terbaru XOX ini, anda boleh bertukar dari SIM fizikal talian lain, kepada eSIM XOM sambil mengekalkan nombor lama.

Bagi pelan eSIM, XOX menawarkan empat jenis pelan bermula dari RM39/bulan. Ia datang dengan 8GB data dan 50 minit panggilan serta 50 SMS. Pelan yang lebih menarik ialah pelan B59e. Ia direka khusus untuk pengguna eSIM, menyediakan 12GB data, panggilan tanpa had, 100SMS serta percuma lagi 3GB data pada kadar RM59/bulan.

Menariknya pelan XOX ini ialah mana-mana data yang tidak habis digunakan, boleh dibawa ke bulan hadapan. Jadi tiada pembaziran data. Malah, ia juga tiada ikatan kontrak. Selain itu, pendaftaran pelan eSIM XOX boleh dibuat dalam talian, tanpa perlu pergi ke kedai fizikal.

Untuk mengaktifkan eSIM di iPhone XS sangat mudah. Buat pendaftaran dalam talian dengan menghantar salinan kad pengenalan dan membayar harga pelan yang diinginkan. Selepas itu, XOX akan memberikan kod QR untuk diimbas bagi mengaktifkan eSIM.

Kod QR dan maklumat pengaktifan turut dihantar ke emel yang didaftarkan. Tetapi pastikan juga iPhone tersebut telah dikemaskini ke iOS 12.1.1 dan ke atas.

Buat masa ini, eSIM XOX boleh digunakan di iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPad Pro (2018), Google Pixel 3 XL dan Google Pixel 3.

BACA  AirAsia Tawar Pek Sim Roaming RM30 Untuk Tempoh Sah 7 Hari

Lebih banyak maklumat lanjut boleh di dapati diruangan FAQ eSIM XOX. Untuk mendaftar, anda boleh melawat laman pendaftaran eSIM XOX.