• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 8C sampai Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 4:09 pm
  • 20/03/2019
  • Komen
Honor 8C sampai Malaysia minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda berasa keliru dengan pelbagai telefon pintar baru dilancarkan di Malaysia bulan ini? Tak mengapa, Honor kini turut mahu serta melancarkan telefon pintar baru mereka di Malaysia bulan ini.

Walaupun masih berteka-teki di laman sosial, Honor Malaysia telah pun mengeluarkan jemputan kepada media ke majlis pelancaran telefon pintar Honor 8C. Sebenarnya ia bukanlah telefon pintar yang baru kerana telah dilancarkan di India tahun lepas. Tetapi ia pertama kali tiba di Malaysia.



Pelancaran Honor 8C di Malaysia akan diadakan pada hari Selasa, 26 Mac 2019. Pastinya harga dan tarikh jualan di Malaysia akan diumumkan di majlis tersebut.

Honor 8C merupakan telefon pintar kelas pertengahan. Ia diperkasa dengan cip pemproses Snapdragon 632, bersama RAM antara 3GB dan 4GB, serta storan dalaman 32GB atau 64GB.



Skrin Honor 8C berukuran 6.26-inci dengan takuk besar di dahi dan resolusi HD+ sahaja. Bateri yang besar, 4,000mAh dimuatkan di dalamnya dan dikatakan boleh bertahan selama dua hari. Ia menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas.

Untuk kamera, ia menggunakan dua lensa di belakang. Lensa utama 13MP F1.8 dan lensa kedua 2MP untuk mengesan tahap kedalaman. Kamera hadapan pula 8MP.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang badan. Jek audio 3.5mm juga masih dikekalkan. Honor 8C memiliki ruang untuk tiga kad fizikal, dua kad sim nano dan satu kad mikroSD berasingan.

Untuk perbandingan, Honor 8C dijual di India pada harga berikut:

  • RAM 4GB + Storan 32GB – IDR11,999 (~RM704)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – IDR12,999 (~RM762)

Spesifikasi Honor 8C ini amat menyerupai Redmi 7 yang dilancarkan di Malaysia semalam. Redmi 7 dikuasakan cip Snapdragon 632, bateri 4,000mAh dan skrin 6.26-inci HD+. Tetapi harganya cuma RM499 (2GB/16GB) dan RM599 (3GB/32GB). Bolehkah Honor menyaingi harga Redmi 7 ini?

Nantikan maklumat lanjut dari kami semasa majlis pelancarannya pada hari Selasa, 26 Mac 2019 nanti.

Tags: honorHonor 8C
Najib

Najib

POPULAR

Honor 8C sampai Malaysia minggu depan

Honor 8C sampai Malaysia minggu depan

20 March 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN