• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi ada berita #khabarbaik minggu depan

  • OLEH Najib
  • 10:30 am
  • 22/03/2019
  • Komen
Unifi ada berita #khabarbaik minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Seawal bulan Januari tahun ini, Unifi telah mengadakan satu acara bertema #khabarbaik di mana mereka mengumumkan beberapa berita termasuk promosi Tahun Baru Cina. Ramai yang menunggu ketibaan produk baru di acara tersebut, tetapi kecewa kerana tiada sebarang perkara baru diumumkan.

Kini, Unifi sekali lagi dilihat mahu mengadakan acara #khabarbaik apabila mengeluarkan jemputan media ke satu majlis yang akan diadakan minggu depan. Apakah yang akan diumumkan kali ini?



Menurut jemputan tersebut, Unifi mahu berkongsi beberapa berita terkini berkenaan kempen #khabarbaik dan mereka turut akan mempertontonkan satu demonstrasi berkenaan teknologi baru di satu lokasi di Puchong. Mereka tidak menjelaskan apakah teknologi itu tetapi kami jangkakan ia sesuatu yang berkaitan dengan 5G. Ini kerana SKMM telah mengumumkan ujian 5G akan dimulakan di Malaysia pada bulan April depan.

Jika benar, kami rasakan Unifi akan memperlihatkan sambungan wayarles tetap yang boleh menjadi jawapan buat pengguna Streamyx yang tidak berada dalam liputan jalur lebar gentian optik. Tetapi ia tidak mengejutkan jika Unifi akan menunjukkan sesuatu seperti ujian Terragraph oleh Yes di Pulau Pinang dengan kelajuan internet Gigabit tanpa wayar. Terragraph menggunakan kemudahan awam sedia ada seperti lampu jalan dan bangunan, menjadikan ia mudah dipasang dan jimat kos berbanding memasang gentian optik.



Ingat, ini hanyalah apa yang kami jangkakan sahaja buat masa ini kerana Unifi tidak memberi makluamt lanjut tentang acara #khabarbaik yang akan mereka adakan minggu depan. Majlis ini akan berlangsung pada hari Selasa, 26 Mac 2019. Nantikan laporan dari kami secara langsung di acara tersebut nanti.

Tags: khabarbaikUnifi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Unifi ada berita #khabarbaik minggu depan

Unifi ada berita #khabarbaik minggu depan

22 March 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN