• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee melanjutkan tawaran Galaxy M20 dengan lebih hadiah

  • OLEH Najib
  • 6:30 pm
  • 22/03/2019
  • Komen
Shopee melanjutkan tawaran Galaxy M20 dengan lebih hadiah
Share on FacebookShare on Twitter

Anda terlepas membeli Galaxy M20 yang dijual secara eksklusif di Shopee? Jangan risau, Shopee kini kembali menawarkannya dengan hadiah percuma.

Untuk 2 hari sahaja, pada 22 Mac dan 29 Mac 2019, Galaxy M20 akan dijual di Shopee dengan hadiah percuma berupa pembesar suara Bluetooth Logitech X50 dan kad mikroSD 32GB. Dua warna boleh dipilih, Biru atau Hitam.



Galaxy M20 dijual secara eksklusif dalam talian sahaja, dengan harga RM799. Samsung melantik Shopee sebagai rakan e-dagang untuk menjual Galaxy M20 dalam talian. Orang ramai turut boleh membeli telefon ini secara ansuran tanpa faedah selama 6 bulan.

Anda boleh mendapatkan diskaun RM25, dengan menggunakan kod ‘25SOYACINCAU‘ semasa checkout di Shopee Malaysia tetapi terhad kepada 100 pembeli pertama sahaja. Layari Stor Rasmi Samsung di Shopee untuk membeli.



Dapatkan juga jaminan tambahan tahun kedua dengan diskaun 40%. Berbanding harga biasa RM46, ia boleh dibeli pada harga RM28. Tawaran jaminan tambahan ini boleh didapati menerusi aplikasi Samsung Members.

Galaxy M20 adalah satu peranti Samsung yang menarik dan berbaloi dibeli. Sebelum ini, sukar untuk menemui spesifikasi sebegini pada harga RM799 untuk peranti Samsung. Ia sedikit sebanyak boleh memberi saingan kepada jenama telefon bajet seperti Xiaomi, Honor dan Realme.

Telefon pintar ini dikuasakan cip pemproses Exynos 7904 8-teras 14nm, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia datang dengan skrin Infinity-V, paparan TFT bertakuk kecil V, berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Kamera hadapannya 8MP F2.0 dan terletak di takuk skrin. Manakala kamera belakang adalah dwi-lensa, gabungan lensa utama 13MP F1.9 dan lensa kedua ultra-lebar 5MP.

Pengimbas capjari terdapat di belakang dan tarikan utama telefon ini ialah bateri mega besar 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 15W dan dicas melalui port USB-C, satu lagi kelebihan yang jarang ada pada telefon di bawah RM1,000.

Tags: Galaxy M20samsungShopee
Najib

Najib

POPULAR

Shopee melanjutkan tawaran Galaxy M20 dengan lebih hadiah

Shopee melanjutkan tawaran Galaxy M20 dengan lebih hadiah

22 March 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN