• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 29/03/2019
  • Komen
Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau storan 512GB di telefon pintar masih tak cukup untuk anda, kini ada boleh mendapatkan storan 1TB. Satu-satunya telefon pintar yang memiliki storan 1TB buat masa ini ialah Samsung Galaxy S10+ dan ia telah mula dijual di Malaysia.

DirectD telah mula mengiklankan penjualan Samsung Galaxy S10+ 1TB di media sosial mereka. Telefon ini datang dengan dua pilihan warna iaitu Ceramic Black dan Ceramic White. Kemasan seramik di belakang badannya adalah lebih tahan lasak berbanding kaca.



Sudah pasti, harganya bukan biasa-biasa. DirectD menyatakan Galaxy S10+ 1TB ini dijual pada harga RM5,999. Ia RM1,400 lebih mahal dari dari Galaxy S10+ 512GB tetapi masih lebih murah dari iPhone XS 256GB yang berharga RM6,099. Malah, versi 1TB ini datang dengan RAM 12GB berbanding hanya 8GB di versi 512GB.

DirectD turut memberikan hadiah percuma untuk pembelian Galaxy S10+ 1TB, iaitu telefon pintar Galaxy A9 2018 yang memiliki 4 kamera belakang, bernilai RM1,999. Jika anda mahu 2 telefon, lebih berbaloi mendapatkan Galaxy S10+ 1TB percuma GAlaxy A9 2018, dari membeli Galaxy S10+ 512GB dan Galaxy A9 2018 secara berasingan. Bijak kan.



Buat masa ini, Galaxy S10+ 1TB ialah telefon pintar Samsung paling mahal dijual di Malaysia. Model lain yang boleh menyaingi harganya ialah telefon boleh lipat Galaxy Fold. Tetapi ia dijangka tidak akan tiba di Malaysia secara rasmi tahun ini.

Untuk rujukan, harga siri Galaxy S10 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S10e (6GB/128GB) — RM2,699
  • Samsung Galaxy S10 (8GB/128GB) — RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB/128GB) — RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB/512GB) — RM4,599
  • Samsung Galaxy S10+ (12GB/1TB) – RM5,999

Galaxy S10+ mempunyai skrin berlubang 6.4-inci Infinity-O Dynamic AMOLED, dengan resolusi QuadHD+. Ia dikuasakan cip pemproses Exynos 9820.

Telefon ini dipasang 3 kamera belakang, menggabungkan lensa utama, lensa ultra lebar dan lensa telefoto. Di depan pula dipasang 2 kamera, lensa 10MP dan lensa 8MP.

Bateri di dalamnya sebesar 4,100mAh dan kini menyokong pegecasan wayarles dan pengecasan wayarless terbalik PowerShare. Ia masih kalis air IP68, memiliki jek audio 3.5mm dan menerima kad mikroSD sehingga 512GB.

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia

Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia

29 March 2019
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN