• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 Kad SIM tanpa had data, panggilan dan SMS percuma untuk pengguna Maxis Home Broadband

  • OLEH Najib
  • 7:31 pm
  • 08/04/2019
  • Komen
3 Kad SIM tanpa had data, panggilan dan SMS percuma untuk pengguna Maxis Home Broadband
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis menyediakan perkhidmatan internet mudah alih serta internet jalur lebar tetap di rumah melalui MaxisONE Home Fibre. Malah, Maxis menawarkan pelan kombo yang menggabungkan internet mudah alih dan jalur lebar tetap, menerusi pelan MaxisONE Prime yang memberikan internet tanpa had di dalam dan luar rumah.

Untuk menarik lebih ramai pelanggan, Maxis nampaknya telah menghantar kad SIM percuma kepada pengguna terpilih MaxisONE Home Fibre, yang belum melanggan pelan mudah alih MaxisONE. Perkara ini dilaporkan oleh TheIdealMobile yang menerima surat bersama 3 kad SIM dengan data, panggilan dan SMS tanpa had secara percuma, tanpa sebarang bayaran untuk digunakan sehingga 15 Mei 2019.



Untuk mula menggunakannya, ia perlu diaktifkan dengan membuat panggilan ke 1800 821 220 atau dengan mengisi borang di laman www.maxis.com.my/primetrial. Selepas diaktifkan, pengguna tidak perlu membuat sebarang bayaran sebelum 15 Mei.

Jika berminat untuk meneruskan penggunaan kad SIM ini, pengguna boleh memilih untuk meneruskan dengan 1, 2 atau 3 kad SIM sekaligus. Untuk 1 kad SIM sahaja, caj yang dikenakan ialah RM98/bulan. 2 kad SIM pula ditawarkan RM98/bulan dengan kad SIM kedua diberikan penggunaan percuma selama 6 bulan. Untuk 3 kad SIM, hanya bayar RM128/bulan dengan kad SIM kedua dan ketiga boleh digunakan percuma selama 6 bulan. Selepas tamat 6 bulan, setiap talian tambahan ini dicaj RM48/bulan.



Pelan MaxisONE Prime memberikan pengguna untuk melanggan mana-mana pelan MaxisONE Home Fibre (30Mbps RM89/bulan atau 100Mbps RM129/bulan) bersama mana-mana pelan pascabayar MaxisONE (MaxisONE 98/128/158/188) dengna kuota tanpa had. Apa yang membezakan langganan pelan pascabayar ini ialah jumlah talian tambahan yang boleh diambil.

Setiap talian tambahan MaxisONE Share dikenakan caj RM48/bulan dan ia turut menikmati internet, panggilan dan SMS tanpa had. Untuk pelan MaxisONE 98, hanya dibenarkan 1 talian tambahan. MaxisONE 128 pula 2 talian, MaxisONE 158 boleh menambah 3 talian dan MaxisONE 188 pula sehingga 4 talian tambahan.

Pelanggan MaxisONE Prime juga menerima router yang memiliki sambungan sandaran 4G. Jika talian jalur lebar terganggu, ia akan bertukar ke rangkaian 4G agar penggunaan internet di rumah sentiasa terhubung.

Jika anda menerima kad SIM percuma dari Maxis ini, segera aktifkannya dan gunakan sehingga 15 Mei 2019. Selepas itu, jangan lupa untuk membatalkannya, atau pilih pelan MaxisONE yang bersesuaian. Boleh guna percuma sehingga 6 bulan lagi.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di lama MaxisONE Prime Trial.

[Sumber: TheIdealMobile]

Tags: maxismaxisoneMaxisONE Home BroadbandMaxisONE Prime
Najib

Najib

POPULAR

3 Kad SIM tanpa had data, panggilan dan SMS percuma untuk pengguna Maxis Home Broadband

3 Kad SIM tanpa had data, panggilan dan SMS percuma untuk pengguna Maxis Home Broadband

8 April 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN