• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ahli Sulung Keluarga Honor 20 Tiba Di Malaysia Pada Harga kurang RM1000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:05 pm
  • 17/04/2019
  • Komen
Ahli Sulung Keluarga Honor 20 Tiba Di Malaysia Pada Harga kurang RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

Pesta pelancaran telefon suku pertama diteruskan Honor memasuki suku kedua apabila melancarkan Honor 20 Lite untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon kelas pertengahan yang juga dikenali sebagai Honor 10i ataupun Honor 20i dalam pasaran tertentu.

Daripada segi spesifikasi, ia mirip kepada Honor 8X yang dilancarkan mereka dalam bulan Oktober 2018.



Untuk Honor 20 Lite, anda beroleh sebuah telefon sebesar 6.21″ beresolusi HD+ Penuh. Bukan saja sedikit kecil berbanding honor 8X, notch pada paparannya nyata lebih kecil berbanding saudaranya.

Beralih ke jabatan pengimejan, ia diperkasa konfigurasi trikamera belakang dengan gabungan kamera 24MP, 8MP (ultralebar), dan 2MP (bokeh). Swafoto pula diambil menggunakan kamera 32MP.



Kelengkapan biometrik berupa pengimbas cap jari hadir pada bahagian belakang telefon ini dan ia juga menyokong imbasan wajah.

Di papan utama, Honor 20 Lite dikuasakan CPU Kirin 710, yang agak berusia, bersama-sama RAM 4GB serta storan 128GB. Storan telefon ini boleh diperluas melalui slot hibrid. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan EMUI 9.0.1 yang menyaduri Android 9.0 Pie.

Satu kelemahan yang saya kesan diwarisi dari Honor 8X adalah telefon ini tidak menyokong piawaian Wi-Fi 5Ghz. Tap ia boleh di-offset-kan dengan kehadiran jek audio 3.5mm.

Menguasakan kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,400mAh tapi tiada pengecasan pantas diberikan padanya.

Honor 20 Lite akan dijual di Malaysia pada harga RM949 sahaja. Ia memecah sempadan harga RM1,000 dengan menawarkan tiga lensa kamera belakang serta storan luas 128GB. Dua warna menarik boleh dipilih antara Phantom Blue dan Phantom Red.

Bersempena dengan pelancaran ini, Shopee akan mengadakan Super Brand Day antara 22 April hingga 26 April 2019. HONOR 20 Lite akan dijual terlebih dahulu di Shopee dan laman hihonor.com bermula 24 April 2019.

1500 pembelian terawal akan menerima beberapa hadiah menarik termasuk Shopee Coins yang bernilai RM30.

Jika anda ingin membelinya di kedai fizikal, telefon ini akan mula dijual bermula 26 April 2019.

Honor 20 Lite adalah ahli sulung yang tiba di Malaysia kerana Honor 20 yang sebenar dan lebih perkasa akan dilancarkan di London pada 21 Mei 2019 ini.

Honor 20 akan dilancar di London dengan tarikh misteri 444
Tags: honorHonor 20 Lite
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ahli Sulung Keluarga Honor 20 Tiba Di Malaysia Pada Harga kurang RM1000

Ahli Sulung Keluarga Honor 20 Tiba Di Malaysia Pada Harga kurang RM1000

17 April 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN