• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM rampas komputer riba dan telefon pintar untuk menyiasat kes penyebar kandungan palsu di internet

  • OLEH Najib
  • 10:58 am
  • 03/05/2019
  • Komen
SKMM rampas komputer riba dan telefon pintar untuk menyiasat kes penyebar kandungan palsu di internet
Share on FacebookShare on Twitter

Menyebarkan berita palsu di dunia internet merupakan satu kesalahan di Malaysia. Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, telah membuat serbuan ke atas rumah seorang suspek di Bemban, Melaka berhubung penyebaran kandungan palsu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Dato’ Mohd Shafie Harun memaklumkan, serbuan tersebut dibuat selepas pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara di akaun Facebook dan blog yang disyaki miliknya.



Siasatan awal SKMM mendapati suspek dikesan menjadi pentadbir kepada akaun Facebook dan blog atas nama “Abu Leman”. Dalam serbuan tersebut, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan. Rakaman percakapan daripada suspek juga telah diambil, tambah Shafie.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.



Menyebarkan berita memang boleh, apatah lagi untuk menghebahkannya kepada umum sebagai peringatan. Tetapi pastikan dahulu berita tersebut datang dari sumber yang benar dan dipercayai. Apatah lagi, mereka yang menyebarkan berita tidak benar turut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jangan berpegang kepada pepatah sharing is caring, kerana salah sharing dengan anda sekali disumbat ke penjara, tak ada yang nak caring lagi. Sebaliknya bertabayyunlah dengan menyemak sumber berita terlebih dahulu.

Tags: Berita PalsuSKMM
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
SKMM rampas komputer riba dan telefon pintar untuk menyiasat kes penyebar kandungan palsu di internet

SKMM rampas komputer riba dan telefon pintar untuk menyiasat kes penyebar kandungan palsu di internet

3 May 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN