• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go lancar Kampung Kashless, program bazaar Ramadan tanpa tunai di Kampung Baru

  • OLEH Najib
  • 3:49 pm
  • 07/05/2019
  • Komen
Touch n Go lancar Kampung Kashless, program bazaar Ramadan tanpa tunai di Kampung Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan puasa ini, Touch n Go akan mengubah bazar ramadan Kampung Baru kepada Kampong Kashless. Ini kerana pengunjung bazar Ramadan di Kampung Baru boleh membeli-belah pelbagai juadah dan jualan di sana, dan membayar tanpa tunai menggunakan eWallet Touch n Go.

Pengalaman membeli-belah tanpa tunai di Kampong Kashless menjadi lebih menarik kerana pengunjung boleh menerima ganjaran dan tunai kembali dengan mengggunakan eWallet Touch n Go di sana.



Bermula dengan promosi Ketupat Runtuh, dengan membelanjakan minima RM5 menggunakan eWallet Touch n Go di penjual yang menerima eWallet Touch n Go, pengguna boleh mendapat semula wang tunai sehingga RM1,000. Promosi ini berjalan dari 4 Mei hingga 30 Jun 2019.

Pengunjung Kampong Kashless juga berpeluang memenangi hadiah menerusi aktiviti Katch Kucing Kashless. Cari 5 Kucing Kashless yang tersembunyi di bazaar Ramadan Kampung Baru, ambil gambar swafoto bersamanya dan muat naik ke Facebook bersama tagar #KatchKucing #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet. 5 muat naik terpantas akan memenangi hadiah.



Touch n Go turut membawa selebriti ke Kampung Kashless bagi memeriahkan lagi bazar Ramadan Kampung Baru di samping berbuka puasa bersama pengunjung. Alif Satar akan datang pada 11 Mei, manakala Nabila Razali akan bersama pada 18 Mei.

Alif Satar (kiri) dan Nabila Razali (kanan)

Pasukan TNG Digital akan mengedarkan bubur lambuk pada hari Jumaat, 10 Mei 2019. Orang ramai juga boleh membuat sumbangan di Masjid Jamek Kampung baru tanpa tunai, dengan mengimbas kod QR yang terdapat di masjid dan menggunakan eWallet Touch n Go untuk menderma.

Touch n Go juga bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk memastikan sebarang lebihan makanan di bazar Ramadan, dikumpulkan dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan. Bagi mengurangkan pembaziran, pengunjung digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan dan botol air, serta beg kitar semula untuk membeli-belah di bazar Ramadan.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti sepanjang kempen ini, boleh layari laman kempen Touch n Go Kg Kashless.

Tags: eWalletTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Touch n Go lancar Kampung Kashless, program bazaar Ramadan tanpa tunai di Kampung Baru

Touch n Go lancar Kampung Kashless, program bazaar Ramadan tanpa tunai di Kampung Baru

7 May 2019
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER