• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S10+ 1TB kini lebih murah RM1,600 dari harga asal

  • OLEH Najib
  • 4:49 pm
  • 07/05/2019
  • Komen
Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pencarian storan terbesar di telefon pintar akan membawa anda kepada Samsung Galaxy S10+ 1TB. Ia mula dijual di Malaysia sebulan yang lepas dengan tanda harga RM5,999 bersama hadiah percuma berupa telefon pintar Galaxy A9.

Sebulan kemudian, Galaxy S10+ 1TB kini boleh dibeli dengan harga RM1,600 lebih murah dari harga asalnya. Mobile 2 Go dilihat mula menjual Galaxy S10+ 1TB pada harga RM4,399 sahaja. Harga ini lebih rendah dari harga pelancaran Galaxy S10+ 512GB iaitu RM4,599. Sudah pasti, tiada lagi hadiah percuma Galaxy A9 bersama.



Kalau anda rasa storan 1TB terlalu besar, Mobile 2 Go turut menjual versi Galaxy S10 yang lain pada harga lebih rendah. Berikut ialah senarai harga keluarga Galaxy S10 di Mobile 2 Go:

  • Samsung Galaxy S10e (6GB+128GB) — RM2,499
  • Samsung Galaxy S10 (8GB+128GB) — RM2,999
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB+128GB) — RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB+512GB) — RM4,099

Galaxy S10+ 1TB merupakan peranti terbaik Samsung dijual di Malaysia, menampilkan kuasa pemproses Exynos 9820 bersama RAM sebanyak 12GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci QuadHD+ dari jenis Dynamic AMOLED, tanpa takuk tetapi berlubang untuk kamera hadapan.



Ia dipasang tiga kamera belakang, dengan kamera utama 12MP, kamera telefoto 12MP dan kamera ultra lebar 16MP. Di hadapan, ia memiliki dua kamera iaitu kamera utama 10MP dan kamera kedua pengesan kedalaman 8MP.

Bateri di dalamnya sebesar 4,100mAh dan ia menyokong pengecasan pantas melalui USB-C, serta pengecasan wayarles terus dan terbalik. Telefon ini kalis air dan debu IP68 dan masih terdapat jek audio 3.5mm padanya.

Galaxy S10+ 1TB ditawarkan dalam dua warna, Ceramic White dan Ceramic Black. Jika berminat untuk membeli, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Tags: Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Storan terbesar Samsung Galaxy S10+ 1TB boleh mula dibeli di Malaysia

Samsung Galaxy S10+ 1TB kini lebih murah RM1,600 dari harga asal

7 May 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN