• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fibrenation Stories kisah dokumentari bagaimana rakyat Malaysia mengguna internet untuk kebaikan

  • OLEH Najib
  • 4:07 pm
  • 09/05/2019
  • Komen
Fibrenation Stories kisah dokumentari bagaimana rakyat Malaysia mengguna internet untuk kebaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Internet sudah menjadi satu keperluan untuk masyarakat digital masakini. Tidak kira di bandar dan luar bandar, penggunaan internet menjadi satu pemangkin yang boleh mengubah bukan sahaja individu, malah orang di sekeliling.

Diinspirasikan dari kisah benar, Maxis telah menghasilkan siri dokumentari tentang bagaimana internet membuka peluang yang luar biasa untuk rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja telah mengubah kehidupan sendiri tetapi lebih penting lagi, telah menjadikan kehidupan orang lain lebih bermakna.



Bagaimana pula anda menggunakan internet?

1. Pak Su dari guru seni menjadi jurutera prostetik

Pak Su merupakan seorang bekas guru. Tetapi hidupnya kini diluangkan untuk memberikan kehidupan baru buat anak-anak kelainan upaya. Berpandukan ajaran cikgu Google dan YouTube bersama pencetak 3D, beliau telah mencipa 50 anggota palsu prostetik untuk pelbagai orang.



Dalam video ini, Pak Su berkongsi maksud memberi peluang kepada orang yang kurang bernasib baik, dan impak Internet ke atas hidupnya. Jika anda berminat membantu Pak Su mengembangkan usaha beliau, anda boleh menghubungi beliau menerusi laman Facebook Delta Bionic. Terdapat senarai barang keperluan yang beliau perlukan untuk meneruskan kerja baik ini.

2. PichaEats bantu pelarian bina kehidupan di Malaysia

PichaEats adalah platform yang dibangunkan untuk membantu keluarga pelarian di Malaysia, menjual makanan masakan tanah air mereka kepada orang ramai. Ia bermula pada tahun 2016 dengan tiga keluarga, kini ia telah berkembang dengan tenaga dari 15 keluarga pelarian.

Maxis memberi sokongan terhadap PichaEat dengan membolehkan pelanggan Maxis, memesan makanan PichaEats melalui aplikasi MyMaxis. Semua orang termasuk bukan pelanggan Maxis, boleh menyokong usaha PichaEats dengan memesan makanan yang dihasilkan keluarga pelarian ini di laman web www.pichaeats.com.

Tags: maxisMaxis Fibrenation
Najib

Najib

POPULAR

Fibrenation Stories kisah dokumentari bagaimana rakyat Malaysia mengguna internet untuk kebaikan

Fibrenation Stories kisah dokumentari bagaimana rakyat Malaysia mengguna internet untuk kebaikan

9 May 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN