Biasa kita dengar telefon hadir dengan SoC baru. Kemudian kita juga biasa dengar SoC baru yang akan datang pada produk flagship. Tapi, kali ini ada berita tentang teras yang akan membina SoC flagship 2020. Daripada ARM baru-baru ini, mereka mengumumkan dua teras, Cortex-A77 dan Mali-G77 yang akan melonjakkan prestasi telefon anda ke tahap lebih tinggi.
Teras CPU Cortex-A77
Cortex-A76 adalah teras yang digunakan dalam SoC flagship tahun ini seperti Snapdragon 855, Kirin 980, dan sebagainya. Tapi untuk generasi yang setersnya, ARM melonjakkan lagi prestasi A77 untuk sekurang-kurangnya 20% lebih baik berbanding generasi terdahulu.
Sungguhpun prestasi meningkat, ARM mengumumkan yang penggunaan tenaganya tetap kekal berapda di tahap optimum dan sama seperti teras A76.
Menurut mereka juga, A77 masih akan dihasilkan menggunakan proses 7nm dan antara pengeluar yang dicanang bakal menggunakan tatacara penghasilan teras ini adalah seperti Qualcomm dan HiSilicon. A77 dijangka akan bersaing hebat dengan teras Apple A13 dan Samsung M5 yang akan tiba satu ketika nanti.
Teras GPU Mali-G77
Selain CPU, GPU juga memperlihatkan penambahbaikkan. Semasa edisi Mali-G76, dua pihak yang menghasilkan SoC mengandungi GPU ini tewas kepada pesaingnya daripada segi gaming. Dalam GPU, Mali-G76 menerima tentangan keras daripada teras custom Apple dan juga Adreno 640 dalam Snapdragon 855.
Daripada laporan analisis, Exynos 9820 memberikan skor prestasi per W pada 13.48 fps/W manakala Kirin 980 pada 11.93 fps/W. Adreno 640 pula mencatatkan 14.46 fps/W dan mengungguli carta adalah GPU SoC Bionic A12 Apple pada 20.18 fps/W.
Ia menunjukkan SoC yang ada Mali-G76 miliki kecekapan tenaga yang lebih rendah berbanding yang lain. Maka, ARM perlu lakukan sesuatu sebelum kehilangan dua klien terbesar mereka dan jawapan mereka ada dalam Mali-G76.
Perubahan paling ketara adalah penggunaan seni bina yang baru, Valhall untuk menggantikan Bifrost yang pertama kali digunakan dalam tahun 2016 pada Kirin 960. Tiga penambahbaikkan seni bina baru ini adalah:
- kecekapan tenaga 30% lebih baik
- prestasi 30% lebih baik
- prestasi AI 60% lebih baik
Jadi, anda boleh simpulkan yang peningkatan prestasi yang akan anda alami pada flagship 2020 sebahagian besarnya disumbang oleh kemajuan yang berlaku pada bahagian GPU. Hal ini kerana, pada bahagian CPU, tiada pengenalan seni bina baru boleh diperhatikan.
Sumber: AnandTech, 2, gambar pemuka