• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Voice Search di Youtube kini lebih bijak, mainkan video selepas arahan diterima

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 1:58 pm
  • 30/05/2019
  • Komen
Voice Search di Youtube kini lebih bijak, mainkan video selepas arahan diterima
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang mengetahui fungsi voice search yang ditawarkan oleh Google dalam cariannya, memudahkan para pengguna. Hal ini kerana pengguna hanya perlu bercakap sahaja apa yang mereka mahu cari, dan Google akan mengenal pasti apa yang dikatakan dan mula mencari.

Bukan itu sahaja, algoritma pengiktirafan suara Google juga dilihat semakin bagus dan bijak dalam melakukan tugasnya. Perkembangan tersebut dapat dilihat menerusi Youtube.



Sebelum ini, jika anda menggunakan voice search di Youtube, seperti contoh trailer filem Avengers: Endgame, Youtube hanya akan memberikan halaman hasil carian. Namun terkini, Youtube akan terus memainkan video yang anda katakan.

Untuk mencuba fungsi ini, buka halaman carian pada aplikasi YouTube pada telefon anda kemudian pilih ikon mikrofon di bahagian atas sebelah kanan.



  • Kiri: antara muka lama
  • Kanan: antara muka baru

Mula dengan mengatakan “main/play” kemudian minta apa-apa video. Seperti contoh, “Mainkan Lets Kill This Love dari BlackPink” atau “Mainkan trailer Avengers: Endgame” dan youtube akan mula memainkan video yang anda mahukan.

Selain itu, perubahan yang dapat dilihat juga adalah pada antara muka voice search pada Youtube. Jika dibandingkan dengan antara muka yang lama, anda akan dapat melihat antara muka voice search baru mengambil keseluruhan skrin dan mempunyai mikrofon merah dan bukannya biru pada antara muka lama.

Fungsi terbaru ini sudah pun dilancarkan pada semua telefon pintar. Jika anda tidak lagi memiliki fungsi ini anda perlu mengemas kini aplikasi Youtube di Google Play Store.

Jika anda masih lagi tidak boleh menggunakan fungsi terbaru ini, anda boleh muat turut aplikasi Youtube di APK Mirror.

Sumber: Android Police

Tags: GoogleVoice searchYouTube
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Voice Search di Youtube kini lebih bijak, mainkan video selepas arahan diterima

Voice Search di Youtube kini lebih bijak, mainkan video selepas arahan diterima

30 May 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER