• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple iTunes mula hilang dari media sosial, petanda awal pergi tak kembali

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 03/06/2019
  • Komen
Apple iTunes mula hilang dari media sosial, petanda awal pergi tak kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Apple iTunes merupakan pustaka yang menyimpan pelbagai benda berkaitan Apple dari aplikasi, lagu, filem dan bermacam lagi. Tetapi hayatnya akan menemui penghujung apabila Apple dikatakan mahu mengubah iTunes kepada aplikasi khas Music, TV dan Podcasts semasa persidangan Apple WWDC yang akan datang.

Berita ini dikukuhkan apabila Apple dilihat telah membuang semua kandungan yang terdapat di media sosial iTunes seperti Instagram dan Facebook. Di Twitter pula, walaupun kandungannya masih ada, ia meminta pengguna untuk pergi ke @AppleTV untuk mendapatkan berita hiburan terkini.



  • Facebook iTunes
  • Instagram iTunes

Seorang pengguna twitter, @chockenberry menemui beberapa pautan itunes.apple.com telah diubah ke music.apple.com, satu lagi petanda cubaan Apple beralih keluar dari iTunes.

I haven’t seen it reported elsewhere, but as of last weekend all https://t.co/tCyWJ9I1D3 links redirect to https://t.co/c1nzdCWhSp — a likely indicator that the brand is done (the app will be fine for those of us who need it.)

— Craig Hockenberry (@chockenberry) June 2, 2019

Perkara ini dikuatkan lagi apabila @kylesethgray menemui beberapa pautan lain dengan kategori khas seperti apps.apple.com, podcasts.apple.com, tv.apple.com, movies.apple.com, dan books.apple.com. Ia menunjukkan iTunes tidak lagi menjadi pautan utama semua kandungan tersebut.



https://twitter.com/kylesethgray/status/1134985891934396416

Penggantian iTunes kepada aplikasi khas ini disambut baik kerana iTunes sering dikaitkan dengan bloatware dan memberatkan sistem operasi. Ia dikhabarkan akan diumumkan secara rasmi semasa Apple Worldwide Developers Conference (WWDC 19) yang berlangsung pada 3 hingga 7 Jun 2019.

Sumber: Macrumors

Tags: appleiTunesWWDC
Najib

Najib

POPULAR

Apple iTunes mula hilang dari media sosial, petanda awal pergi tak kembali

Apple iTunes mula hilang dari media sosial, petanda awal pergi tak kembali

3 June 2019
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN