• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi K20 Pro sudah mula mendarat di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 03/06/2019
  • Komen
Redmi K20 Pro sudah mula mendarat di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai yang tertarik dengan peranti pembunuh flagship terbaru, Redmi K20 Pro. Ia datang dengan tanda harga yang lebih rendah dari biasa tetapi berkuasa tinggi. Kepada yang mahu memilikinya, ia kini dikhabarkan boleh dibeli hari ini.

Bagaimanapun, Redmi K20 Pro ini adalah set import dari China. Ia telah mula ditawarkan oleh Mobile 2 Go bermula hari ini. Harga jualannya adalah seperti berikut:



  • Redmi K20 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,898
  • Redmi K20 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,098
  • Redmi K20 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,298

Versi paling rendah boleh didapati dalam warna Merah, manakala untuk RAM 8GB dengan storan 128GB disediakan dalam warna Hitam dan Biru. Bagi model terbaik RAM 8GB dan storan 256GB, ia boleh dibeli dalam ketiga-tiga warna, Merah, Hitam dan Biru.

Redmi K20 Pro ialah versi terhebat dalam siri ini, dikuasakan pemproses Snapdragon 855 bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED sebesar 6.39-inci, tiada takuk dan lubang dengan resolusi HD Penuh+.



Telefon ini menggunakan modul kamera pop-up, menyembunyikan kamera hadapan di belakang skrin. Di belakang, ia dilengkapi tiga kamera dengan kamera utamanya menggunakan sensor 48MP, diikuti kamera bersudut lebar 13MP dan kamera telefoto 2x zum optikal dengan sensor 8MP.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 4,000mAh yang dicas pantas melalui USB-C. Ia menyokong teknologi pengecasan pantas 27W, sama seperti Mi 9. Jek audio 3.5mm masih terdapat di telefon ini tetapi ia tiada slot kad mikroSD.

Layari Facebook Mobile 2 Go untuk maklumat lanjut. Kunjungi cawangan Mobile 2 Go berhampiran untuk menjadi yang terawal mendapatkan set import Redmi K20 Pro ini. Seronoklah boleh beraya dengan telefon berkuasa tinggi pertama dari Redmi ini.

Tags: Redmi K20redmi k20 proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Redmi K20 Pro sudah mula mendarat di Malaysia

Redmi K20 Pro sudah mula mendarat di Malaysia

3 June 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN