• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jenama The North Face Kudakan Wikipedia Untuk Kekal Teratas Dalam Carian Google

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:37 pm
  • 03/06/2019
  • Komen
Jenama The North Face Kudakan Wikipedia Untuk Kekal Teratas Dalam Carian Google
Share on FacebookShare on Twitter

Konsep keterbukaan Wikipedia sudah tentu ada baik dan buruknya. Yang baik sudah kita ketahui iaitu ia kekal percuma dan sesiapa saja boleh menyunting kandungan yang ada dalamnya. Tapi yang tak baiknya adalah ada pihak yang licik mengambil kesempatan untuk keuntungan diri sendiri.

Misalnya dalam satu kempen iklan yang dijalankan satu agensi pengiklanan bagi pihak The North Face, satu jenama produk aktiviti luar yang terkenal dunia.



Setiap kali kita hendak melawat sesuatu tempat, sudah tentu kita akan lakukan sedikit penyelidikan berkaitannya dantempat pertama kita pergi pastinya Google. Jika anda perasan, carian teratas lokasi yang anda cari berkemungkinan besar adalah dari Wikipedia.

Disebabkan sesiapa sahaja boleh menyunting artikel di Wikipedia, The North Face telah menukarkan smua gambar yang dikepilkan bersama beberapa artikel tentang lokasi terkenal, dengan gambar yang mengandungi produk mereka.



Maka, setiap kali pengguna membuka artikel Wikipedia tentang tempat yang mereka ingin lawati, pengguna akan dihidangkan dengan gambar tempat itu yang ada product placement The North Face.

Sebelum
Selepas

Mereka bukanlah tidak mengetahui yang tidakan itu melanggar tatacara penggunaan Wikipedia. Hal ini kerana, agensi pengiklanan itu sendiri mengakui bahawa cabaran terbesar adalah untuk melakukan penyuntingan yang sangat halus, tanpa menarik perhatian moderator di WIkipedia.

Setelah ter-“kantoi”, kesemua artikel yang terbabit sudahpun diperbetul oleh sukarelawan yang menyelenggara laman web ensiklopedia terbesar dunia itu.

Sumber: AdAge

Tags: the north facewikipedia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Jenama The North Face Kudakan Wikipedia Untuk Kekal Teratas Dalam Carian Google

Jenama The North Face Kudakan Wikipedia Untuk Kekal Teratas Dalam Carian Google

3 June 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN