• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Samsung Galaxy Fit serendah RM139 di Malaysia

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 6:29 pm
  • 10/06/2019
  • Komen
Dapatkan Samsung Galaxy Fit serendah RM139 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan bahawa barisan peranti boleh-pakai Galaxy Fit dan Galaxy Fit e telah tiba di pasaran Malaysia.

Hadir dengan paparan AMOLED bewarna, ia membolehkan pengguna melihat skrin peranti Galaxy Fit dengan lebih jelas. Dengan rekaan yang nipis dan penuh gaya, Galaxy Fit dan Galaxy Fit e membolehkan penjejakan intuitif yang mudah untuk membantu pengguna mencapai matlamat kecergasan mereka.



Bukan itu sahaja, peranti tersebut juga boleh menerima notifikasi atau mesej yang diselaraskan terus dari telefon pintar tanpa perlu menyentuh telefon pengguna. Peranti Galaxy Fit juga mempunyai ketahanan lasak sehingga 810G Military Standard.

Samsung Galaxy Fit

Samsung Galaxy Fit memiliki rekaan skrin seluar 0.95″ dengan paparan AMOLED berwarna. Selain itu ia memiliki pengimbas nadi, bateri sebesar 120 mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari, penjejak tidur, ketahanan air sehingga 5 ATM dan sokongan Bluetooth 5.0.



Samsung Galaxy Fit e

Manakala Samsung Galaxy Fit e pula dilengkapi dengan paparan skrin PMOLED sebesar 0.75″. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki pengimbas nadi, ketahanan air sehingga 5 ATM dan sokongan Bluetooth 5.0. Pada bahagian bateri pula, ia dikuasakan dengan bateri berkapasiti 70mAh yang mampu bertahan sehingga 7 hari.

Harga

Selain telefon Samsung Galaxy, peranti siri Galaxy Fit ini juga boleh disambungkan dengan telefon Android 5 dan ke atas serta telefon yang memiliki RAM sebesar 1.5GB ke atas. Manakala pengguna iOS pula, ia menyokong peranti iOS 9 dan ke atas.

Pengguna boleh dapatkan Samsung Galaxy Fit dan Galaxy Fit e ini dengan masing-masing harga RM 369 dan RM 139 di laman rasmi Samsung sekarang dan di kedai rasmi Samsung bermula 14 Jun 2019 nanti. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Samsung.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy fitsamsung galaxy fit esamsung malaysia
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Dapatkan Samsung Galaxy Fit serendah RM139 di Malaysia

Dapatkan Samsung Galaxy Fit serendah RM139 di Malaysia

10 June 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN