• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko View3, telefon dengan 3 kamera termurah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:00 am
  • 10/06/2019
  • Komen
Wiko View3, telefon dengan 3 kamera termurah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaru mereka, View3 dan View3 Lite. Generasi ketiga dari siri View ini memberikan pengguna pelbagai fungsi menarik dengan harga yang amat mampu milik.

Wiko View3

View3 tampil dengan skrin 6.26-inci bertakuk kecil dan resolusi HD+. Di dalam, ia dikuasakan pemproses Mediatek Helio P22, bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB.



Untuk kamera belakang, ia mengguna pakai gandingan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan yang terletak di takuk kecil pula menggunakan sensor 8MP.

Bateri yang agak besar, berkapasiti 4,000mAh dimuatkan di dalamnya. Ia menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas. View3 dikuasakan sistem operasi terkini Android 9.0 Pie.



Pertama kali diperkenalkan semasa pameran MWC 2019 di Barcelona pada Februari lepas, View3 menampilkan tiga kamera belakang untuk telefon pintar di bawah harga RM600. View3 akan mula dijual di Malaysia dengan harga rasmi RM599, bermula dari 11 Jun 2019.

Tetapi ia akan diberi diskaun sebagai promosi pengenalan pada 11-13 Jun dengan harga hanya RM489, diskaun sebanyak RM110 dari harga rasmi. Promosi ini boleh didapati di Stor Rasmi Wiko di Lazada. Selain penghantaran percuma, Wiko turut memberikan penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari dari tarikh pembelian.

Wiko View3 Lite

Untuk bajet lebih kecil, pengguna boleh mendapatkan View3 Lite. Ia dikuasakan pemproses Spreadtrum Unisoc SC9863A, RAM 2GB dan storan besar 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 128GB.

Skrin View3 Lite sedikit kecil, berukuran 6.09-inci HD+ bersama takuk kecil yang memuatkan kamera hadapan 5MP. Kamera belakang pula hanya ada dua, iaitu kamera utama 13MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Menariknya, bateri besar 4,000mAh turut digunakan di View3 Lite dan dicas melalui port mikroUSB. Sistem operasi terbaru Android 9.0 Pie juga terdapat di dalam View3 Lite.

View3 Lite akan dijual di Malaysia dengan harga rasmi RM449. Tetapi sebagai promosi pengenalan, ia boleh dibeli pada harga RM369 sahaja, dari 14 hingga 16 Jun 2019 di Stor Rasmi Wiko di Lazada. View3 Lite juga ditawarkan bersama penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari dari tarikh pembelian.

Tags: View3View3 LiteWikowiko view3
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Wiko View3, telefon dengan 3 kamera termurah di Malaysia

Wiko View3, telefon dengan 3 kamera termurah di Malaysia

10 June 2019
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER