• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ikuti 4 langkah mudah, padam sejarah tontonan Netflix

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 1:20 pm
  • 14/06/2019
  • Komen
Ikuti 4 langkah mudah, padam sejarah tontonan Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda bahawa Netflix membenarkan pengguna memadam sejarah tontonan filem atau drama siri pada akaun mereka? Fungsi ini sangat berguna buat mereka yang tidak suka berkongsi jenis cerita yang ditonton dengan rakan-rakan mahupun keluarga, terutama pengguna yang memiliki akaun kongsi.

Caranya mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk melakukannya. Menerusi langkah dibawah, saya akan tunjukkan anda cara untuk memadam sejarah tontonan Netflix dengan menggunakan telefon Android.



Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Pada paparan utama, pilih ‘More‘ yang berada di bawah kanan skrin.



Langkah 1

2. Pilih ‘Account’.

3. Skrol ke bawah dan pilih ‘Viewing Activity‘.

4. Pilih ‘Hide all‘ pada bahagian bawah skrin ATAU padam tajuk filem atau drama siri secara berasingan dengan menekan ikon bulat pada sebelah tajuk.

Langkah 4

5. Selepas anda memadam drama siri dari sejarah tontonan, anda akan diberi pilihan untuk memadam kesemua episod drama siri tersebut atau tidak.

Langkah 5

Proses untuk memadam sejarah tontonan Netflix juga boleh dibuat menerusi komputer anda dan caranya berbeza sedikit sahaja berbanding langkah tadi.

Anda hanya perlu meleretkan anak panah tetikus anda ke gambar profail di sebelah atas kanan skrin. Kemudian pilih ‘Akaun’ dan seterusnya ikuti langkah diatas bermula dengan langkah 3.

Perlu anda ketahui bahawa ia mengambil masa selama 24 jam untuk filem atau drama siri yang ditonton betul-betul hilang dari senarai sejarah tontonan Netflix anda.

Bukan itu sahaja, fungsi ini tidak boleh digunakan pada akaun yang dicipta untuk kanak-kanak kerana ia bagus untuk anda meninjau jenis cerita yang ditonton oleh anak-anak anda.

Anda ingin melanggan Netflix?

Bagi mereka yang belum dan mahu menyertai laman servis penstriman video Netflix, ia menawarkan 30 hari tontonan secara percuma sebelum dikenakan bayaran.

Selepas sebulan percubaan, bayaran bulanan akan dikenakan, bermula dengan RM33 pada plan asas, RM42 pada plan standard dan plan premium pula berharga RM51.

Bagi mereka yang gemarkan menonton filem atau drama siri dalam resolusi HD, pakej premium merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Bagi mereka yang suka menonton secara privasi, pakej asas ialah yang terbaik kerana ia membolehkan pengguna menonton pada satu skrin sahaja dalam satu masa.

Selain itu, Netflix juga tidak menyertakan sebarang kontrak ke atas pengguna. Ini bermakna pengguna bebas untuk menamatkan langganan mereka pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Netflix.

Sumber: Android Authority, Netflix

Tags: NetflixNetflix Original
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Ikuti 4 langkah mudah, padam sejarah tontonan Netflix

Ikuti 4 langkah mudah, padam sejarah tontonan Netflix

14 June 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN