• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kerajaan mahu perangi jenayah seksual kanak-kanak dengan kempen iklan di Youtube

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 11:48 am
  • 25/06/2019
  • Komen
Kerajaan mahu perangi jenayah seksual kanak-kanak dengan kempen iklan di Youtube
Share on FacebookShare on Twitter

Jenayah seksual kini tidak hanya terhad pada mereka yang dewasa. Malah kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa. Ini kerana sifat kanak-kanak yang naif, menjadikan mereka target mudah oleh si penjenayah seksual.

Bagi mengelak perkara tersebut terus berleluasa, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan sebuah kempen video yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak prasekolah mengenai gangguan seksual.



Mempunyai lima video yang berbeza dengan mesej yang sama, ia akan di tayangkan di sebuah laman penstriman video, Youtube sebagai iklan.

Projek tersebut juga menganggarkan sebanyak 150,000 sasaran penonton pada tahun ini dan dengan bantuan Google, ia akan memantau kejayaan kempen kesedaran itu.



Berdurasi selama satu minit lebih bagi setiap video, klip tersebut menunjukkan senario yang berbeza tentang bagaimana sentuhan tidak senonoh atau tidak wajar dilakukan oleh saudara-mara, kawan atau orang asing, terhadap kanak-kanak.

Dalam video tersebut juga, ia menunjukkan bagaimana mangsa dapatkan pertolongan orang dewasa untuk menentang jenayah tersebut.

Pada penghujung setiap klip juga akan tertera sekali nombor Talian Kasih 15999 dan Talian Kecemasan 999, sebagai rujukkan penonton.

Dr Wan Azizah, juga selaku Timbalan Perdana Menteri berkata pemilihan Youtube sebagai tempat untuk penyebaran video adalah satu langkah yang bagus kerana kanak-kanak sekarang lebih terdedah dengan Youtube.

Beliau juga berkata bahawa kementerian tersebut berharap mesej yang dihantar melalui video tersebut akan menjangkaui kumpulan sasaran.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh juga berkata, selain Youtube, video tersebut akan turut disebarkan menerusi aplikasi sembang maya, Whatsapp untuk dikongsikan kepada orang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=OgqLIcy3Qts
https://www.youtube.com/watch?v=QVSQtVZRhHU
https://www.youtube.com/watch?v=1qYSfgHS5Fc
https://www.youtube.com/watch?v=KIoXsRVrVrA
https://www.youtube.com/watch?v=5mFr0pVuLgE

Sumber: Malay Mail

Tags: GoogleKementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan MasyarakatwhatsappYouTube
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Kerajaan mahu perangi jenayah seksual kanak-kanak dengan kempen iklan di Youtube

Kerajaan mahu perangi jenayah seksual kanak-kanak dengan kempen iklan di Youtube

25 June 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN