Kebimbangan Presiden Trump kini perlahan-lahan sedang jadi kenyataan. Dalam usahanya menghalang kerajaan China mengambil kesempatan untuk mencuri data menggunakan produk komunikasi keselamatan mereka, perkara tersebut dilaporkan sedang dan masih berlaku sejak 2017. Ia dibuktikan oleh satu laporan yang diterbitkan sekumpulan penyelidik keselamatan.
Serangan yang digelar mereka Operation Soft Shell itu mencadangkan yang aktiviti menggodam ini mensasarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) untuk mencuri butiran panggilan (CDR). Antara maklumat yang mampu diperoleh mereka adalah seperti:
- data pengebilan
- rekod panggilan
- e-mel
- geolokasi
Sungguhpun tidak menyebut siapakah pihak yang terlibat secara khusus, mereka sangat yakin yang kempen menggodam ini dilakukan oleh penggodam yang mendapat sokongan sebuah entiti sebesar sebuah negara dan berkemungkinan besar bersangkut paut dengan kerajaan China.

Namun begitu, mereka tidak menolak kemungkinan yang ini mungkin salah satu senario “false flag”, senario yang melibatkan pihak ketiga yang ingin menambah rempah dalam persengketaan antara dua pihak.
Sumber: Cyber Reason