• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung sedang bina Galaxy Fold 2 yang lebih murah

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:03 pm
  • 26/06/2019
  • Komen
Samsung Galaxy Fold akan datang ke Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar awal sehingga pertengahan tahun 2000-an, rekaan telefon lipat atau clamshell merupakaan rekaan kegilaan ramai. Sehinggakan banyak pengeluar telefon pada era tersebut berlumba-lumba dalam menghasilkan telefon dengan rekaan itu.

Antara telefon yang sangat popular dengan rekaan clamshell pada ketika itu adalah Motorola Razr dan Nokia n93i.



Terbaru, sebuah laman berita Korea, ETNews, melaporkan Samsung bakal membangunkan sebuah lagi telefon skrin boleh lipat dengan rekaan clamshell, selepas pelancaran Galaxy Fold.

Menerusi laporan tersebut, peranti itu akan memiliki skrin OLED seluas 6.7 inci apabila lipatannya dibuka dan pelancarannya dikhabarkan dalam tahun 2020.



Bukan itu sahaja, peranti tersebut akan memiliki skrin seluas 1 inci pada bahagian luar untuk menunjukkan informasi ringkas seperti notifikasi. Untuk menggunakkan fungsi penuh telefon itu, pengguna perlu membuka lipatannya terlebih dahulu.

Jika khabar berita ini benar, ia merupakan pendekatan yang bijak. Hal ini kerana rekaan Galaxy Fold yang besar apabila lipatannya dibuka, ia akan menjadi tablet, berbanding peranti clamshell ini yang memiliki saiz yang kecil walaupun lipatannya sudah dibuka.

Jika peranti itu dilancarkan, harganya mungkin akan lebih murah kerana menggunakan skrin yang lebih kecil, berbanding Galaxy Fold yang berharga $1,980 (RM8,200). Sekali gus, membolehkan ramai pengguna merasai kehebatan telefon pintar skrin boleh lipat ini.

Sumber: Sammobile, ETNews

Tags: Galaxy FoldMotorolaMotorola RazrNokiaRazrsamsungsamsung galaxytelefon clamshell
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Samsung Galaxy Fold akan datang ke Malaysia tidak lama lagi

Samsung sedang bina Galaxy Fold 2 yang lebih murah

26 June 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN