• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom, Maxis, TM ganti 1BestariNet di sekolah, Google Classroom ganti Frog VLE

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 28/06/2019
  • Komen
Celcom, Maxis, TM ganti 1BestariNet di sekolah, Google Classroom ganti Frog VLE
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak 2012, projek 1BestariNet oleh YTL Communications Sdn Bhd telah menyediakan sambungan internet ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Ia turut menyediakan aplikasi pembelajaran maya, melalui Frog VLE.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah mengumumkan kontrak perkhidmatan 1BestariNet yang tamat pada 30 Jun 2019, akan disambung secara interim selama 6 bulan oleh tiga pembekal lain.



Bermula 1 Julai 2019, tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd akan membekalkan talian internet ke sekolah di seluruh negara. Tiga syarikat ini juga akan menyediakan sambungan internet ke beberapa bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 366 Pusat Kegiatan Guru (PKG).

Perkhidmatan ini disediakan selama enam bulan, dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2019. Dalam tempoh itu, KPM akan memilih ISP baharu bagi tempoh bermula dari 1 Januri 2020, selepas melakukan penilaian dan penambahbaikan yang perlu.



Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik

Sebahagian besar sekolah akan menerima perkhidmatan interim ini pada 1 Julai 2019. Manakala sebahagian kecil terutama di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak, akan mengalami sedikit kelewatan yang dijangka selesai sebelum akhir Julai.

Selain penamatan 1BestariNet, KPM turut mengumumkan pemberhentian penggunaan aplikasi pembelajaran maya, Frog VLE. Platform pembelajaran ini akan digantikan dengan Google Classroom. Tidak pula dinyatakan siapakah yang akan menguruskan platform Google Classroom ini.

Kepada orang ramai terutamanya ibu bapa dan guru yang mempunyai pertanyaan atau cadangan untuk penambahbaikan, KPM telah mewujudkan satu talian khas bantuan atau Help Desk menerusi MyGCC 03 8000 8000 atau ke emel [email protected] atau [email protected].

Sumber: KPM

Tags: celcomFrog VLEGoogleGoogle ClassroommaxisTM
Najib

Najib

POPULAR

Celcom, Maxis, TM ganti 1BestariNet di sekolah, Google Classroom ganti Frog VLE

Celcom, Maxis, TM ganti 1BestariNet di sekolah, Google Classroom ganti Frog VLE

28 June 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN