• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan China Dikesan Pasang Malware Dalam Telefon Pelancong

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:19 pm
  • 03/07/2019
  • Komen
Kerajaan China Dikesan Pasang Malware Dalam Telefon Pelancong
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan wartawan yang memasuki China untuk buat liputan beberapa berita melaporkan yang pengawal sempadan memaksa mereka memasang satu APP pelik dalam telefon mereka. Sesudah selesai pemeriksaan, mereka menghantar satu salinan APP itu keluar untuk dianalisis.

Dikenali sebagai BKAQ ataupun Fengcai, APP yang dipasang ke dalam telefon mereka rupa-rupanya mengimbas telefon sasaran bagi pihak pengawal sempadan.



UI APP BKAQ yang digunakan untuk mengimbas telefon pelancong

Biasanya cara biasa kita pasang APP di telefon adalah mencarinya di Google Play Store bukan? Tapi APP ini dipasang dengan cara men-sideload-kannya terus tanpa melalui sarinan keselamatan Google. Maknanya telefon Android anda disumbat APP yang tak tahu tahap keselamatannya.

Selepas dipasang dan dilancarkan BKAQ akan terus menjalankan tugasnya mengimbas telefon itu dan memungut pelbagai maklumat peribadi seperti:



  • senarai APP yang dipasang
  • maklumat perkakasan telefon
  • entri kalendar
  • senarai contacts merangkumi gambar dan nombor telefon
  • senarai SMS

Kemudian, BKAQ akan menjadi fail laporan yang dihantar terus ke server polis untuk dirujuk mereka. Tidaklah diketahui sama ada perkara ini berlaku di sepanjang sempadan China, tapi yang dilaporkan banyak terjadi adalalah di wilayah Xinjiang, tempat paling ramai etnik Uyghur menetap.

Baca laporan penuh analisis di sini.

Sumber: Vice

Tags: China
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kerajaan China Dikesan Pasang Malware Dalam Telefon Pelancong

Kerajaan China Dikesan Pasang Malware Dalam Telefon Pelancong

3 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN