• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei tiada alternatif untuk Android, Hongmeng OS bukan direka untuk telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 6:09 pm
  • 15/07/2019
  • Komen
Huawei tiada alternatif untuk Android, Hongmeng OS bukan direka untuk telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Donald Trump memutuskan untuk menyekat Huawei dari berurusniaga di Amerika Syarikat (AS), nama Hongmeng OS sering disebut-sebut sebagai pelan B untuk menggantikan Android. Malah, Hongmeng OS juga dikatakan lebih pantas dari Android dan iOS.

Dalam satu temuramah dengan majalah Le Point, pengasas Huawei iaitu Ren Zhengfei mengatakan, HongMeng OS bukan sahaja alternatif kepada Android tetapi lebih dari itu. Ia juga sesuai untuk iOT serta digunakan di kenderaan.



Tetapi kenyataan terbaru dari Presiden Huawei, Liang Hua memberi erti yang berbeza. Beliau mengatakan, Hongmeng OS sebenarnya dicipta untuk peranti IoT, bukannya telefon pintar. Huawei juga masih gemar menggunakan Android dan ekosistemnya sebagai pilihan pertama di telefon pintar.

Bermakna, Huawei sebenarnya tidak ada OS alternatif untuk menggantikan Android jika ia tidak lagi boleh digunakan. Walaupun Huawei masih boleh mengakses Android Open-Source Project (AOSP) kerana ia terbuka kepada semua, Huawei tidak akan boleh menggunakan perkhidmatan Google seperti Playstore, Gmail, Maps, Youtube dan sebagainya jika terus disekat oleh kerajaan AS.



Malah Ren Zhengfei sendiri mengakui, OS sahaja tidak mencukupi tanpa aplikasi yang bersesuaian. Android dan iOS bukan sahaja memiliki tawaran aplikasi yang banyak, tetapi ramai pembangun yang komited membangunkan aplikasi mereka di platform tersebut.

Dengan ketiadaan alternatif untuk perkhidmatan Google, Huawei terpaksa berdoa agar hati Trump terbuka untuk membenarkan mereka terus berurusan seperti sedia kala dengan Google. Jika tidak, pengguna Huawei akan berhadapan dengan telefon pintar Android yang tidak lagi boleh mengakses ke perkhidmatan Google.

Sumber: Forbes

Tags: androiddonald trumpHongmeng OSHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Huawei tiada alternatif untuk Android, Hongmeng OS bukan direka untuk telefon pintar

Huawei tiada alternatif untuk Android, Hongmeng OS bukan direka untuk telefon pintar

15 July 2019
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER