• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit GTR, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Melampau Pada Harga Kurang RM500

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:19 pm
  • 17/07/2019
  • Komen
Amazfit GTR, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Melampau Pada Harga Kurang RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berbicara tentang jam tangan pintar, sudah tentu anda terbayangkan dengan hayat bateri yang pendek oleh sebab penggunaan paparan RGB. Tapi tidak pada jam tangan Amazfit GTR yang baru ini kerana ia boleh bertahan melebihi dua bulan lamanya dengan sekali cas.

Tidaklah diketahui apakah matlamat Amazfit GTR ini sebab mereka baru saja melancarkan Nexo, jam tangan yang miliki spesifikasi hampir serupa. Bezanya cuma Nexo dikuasakan SoC Snapdragon 2000 berbanding produk ini yang tidak dinyatakan apakah yang menjadi tunjang padanya.



Amazfit GTR hadir dalam dua saiz, 47mm dan 42mm. Spesifikasi asas antara kedua-duanya adalah sama kecuali pada saiz paparan 1.39″ vs 1.2″ serta kapasiti bateri 410mAh vs 195mAh.

Menariknya jam tangan ini adalah pada kehadiran dua butang fizikal yang menjadikannya tidak sepenuhnya beroperasi menggunakan skrin sesentuh. Ia menjadikannya lebih sesuai digayakan dalam suasana formal lebih-lebih lagi bila versi 47mm didatangkan dengan tali kulit.



Antara ciri-ciri yang boleh ditemui adalah seperti sensor satelit penjejak yang menerima isyarat daripada GPS dan GLONASS. Jika anda pengguna di China, sensor NFC pada jam ini boleh digunakan untuk pembayaran. Baki sensor yang ada adalah seperti:

  • PPB
  • Akselerometer
  • Giro
  • Barometer

Bercerita lebih lanjut tentang hayat bateri, edisi 47mm miliki bateri paling besar. Tak hairanlah ia bertahan sehingga 74 hari ataupun 40 jam bila anda gunakan sensor satelitnya secara terus menerus. Varian yang lebih kecil boleh bertahan 22 jam lamanya dalam gaya penggunaan yang serupa.

Amazfit GTR dijual di China pada harga bermula RMB 800 (RM 478) untuk versi 42mm manakala versi yang lebih besar dijual pada harga bermula RMB 1,000 (RM 598). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitamazfit gtrsmartwartch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amazfit GTR, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Melampau Pada Harga Kurang RM500

Amazfit GTR, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan Bateri Melampau Pada Harga Kurang RM500

17 July 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN