• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Vivo S1 ada hadiah percuma bernilai RM149

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 22/07/2019
  • Komen
Tempahan awal Vivo S1 ada hadiah percuma bernilai RM149
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo akan melancarkan telefon pintar Vivo S1 di Malaysia pada hari Rabu ini. Telefon yang menampilkan bateri super besar 4,500mAh ini kini telah dibuka tempahan awalnya. Sudah pasti, hadiah percuma diberikan untuk mereka yang membuat tempahan awal.

Tempahan awal Vivo S1 dibuka dari 20 hingga 26 Julai 2019. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM1,099 di mana ia datang dengan konfigurasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah berupa speaker bluetooth Vshare K1 bernilai RM99, serta diskaun sebanyak RM50. Bermakna, hanya bayar RM1,049 untuk memiliki telefon ini.



Untuk membuat tempahan awal, pengguna perlu membayar deposit RM50 dan baki RM999 perlu dibuat semasa mengambilnya. Tempahan awal boleh dibuat di mana-mana Stor Vivo, atau dalam talian menerusi Stor Online Vivo, Lazada, Shopee dan Presto Mall  .

Vivo S1 memiliki skrin HD penuh+ bertakuk kecil, sebesar 6.38-inci. Ia dikuasakan pemproses Mediatek Helio P65 bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Baterinya sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Vivo dual-engine menerusi port mikroUSB.



Kamera hadapannya menggunakan sensor 32MP terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Di belakang pula ia memiliki tiga kamera, gandingan kamera utama 16MP F1.78 dari sensor Sony IMX499, kamera uultra-lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4.

Pelancaran rasmi Vivo S1 di Malaysia akan diadakan pada 24 Julai 2019 dan ia akan dimeriahkan dengan kemunculan duta baru Vivo S1, Priscilla Abby. Vivo S1 akan mula dijual di seluruh Malaysia pada 27 Julai 2019.

Tags: vivoVivo S1
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Tempahan awal Vivo S1 ada hadiah percuma bernilai RM149

Tempahan awal Vivo S1 ada hadiah percuma bernilai RM149

22 July 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN