• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank Redmi 20,000mAh ini berharga di bawah RM60

  • OLEH Najib
  • 9:54 am
  • 23/07/2019
  • Komen
Powerbank Redmi 20,000mAh ini berharga di bawah RM60
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon pintar yang murah dan berbaloi, Xiaomi sangat terkenal dengan aksesori keluarannya, terutama sekali powerbank. Kini, ada pilihan untuk mendapatkan powerbank yang lebih murah menerusi jenama baru di bawah Xiaomi, iaitu Redmi.

Redmi kini menghasilkan powerbank dengan kapasiti 10,000mAh dan 20,000mAh. Menariknya, ia sedia menerima sambungan USB-C atau mikroUSB untuk mengecas powerbank tersebut.



Powerbank Redmi 20,000mAh dijual pada harga RMB99 (~RM59) dan ia datang dengan dua port USB-A bersaiz penuh, yang menyokong pengecasan keluar pantas 18W. Jika hanya satu port digunakan, ia boleh mengeluarkan tenaga 5.1V/2.4A, 9V/2A dan 12V/1.5A. Jika kedua-dua port digunakan, ia boleh mengeluarkan tenaga gabungan 5.1V/3.6A.

Untuk mengisi semula tenaga powerbank, ia boleh dicas pantas menggunakan pengecas 18W. Ia menyokong pengecasan masuk 5.1V/2.4A, 9V/2A dan 12V/1.5A. Dengan harga yang sangat rendah, powerbank ini tidak datang bersama kabel atau kepala pengecas.



Jika anda perlukan powerbank lebih kecil atau murah, terdapat model 10,000mAh. Ia juga memiliki dua port keluar USB-A dan menerima pengecasan masuk USB-C atau mikroUSB.

Tetapi tidak seperti model 20,000mAh, model lebih kecil ini hanya menyokong pengecasan masuk standard 10W. Pengecasan keluarnya maksima pada 5.1V/2.4A dan masuk pula 5V/2.1A. Powerbank Redmi 10,000mAh ini dijual pada harga RMB59 (~RM35).

Buat masa ini, powerbank Redmi ini hanya dijual di China. Tetapi pastinya ada penjual di Malaysia yang akan membawa masuk set import ini untuk dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Tags: powerbankRedmixiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Powerbank Redmi 20,000mAh ini berharga di bawah RM60

Powerbank Redmi 20,000mAh ini berharga di bawah RM60

23 July 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN