• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo S1 Bersaing Dalam Kelas Midrange Dengan Bateri Besar Dan Kamera AI 32MP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 pm
  • 24/07/2019
  • Komen
Vivo S1 Bersaing Dalam Kelas Midrange Dengan Bateri Besar Dan Kamera AI 32MP
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo S1 ialah ahli pertama dalam siri baru Vivo S. Siri ini dilihat berada di tengah-tengah dua siri Vivo yang lain iaitu di atas Vivo Y tapi di bawah Vivo V.

Pada sudut fizikaliti, ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Skyline Blue dan Diamond Black. Badannya dibina daripada materi polikarbonat ataupun bahasa pasarnya plastik. Tapi dari jauh, ia nampak macam diperbuat daripada kaca terutamanya pada pantulan panel belakang telefon ini.



Di bahagian muka, di menerima panel paparan Super AMOLED sebesar 6.38″ dengan resolusi setinggi FHD+. Bagi memanfaatkan skrin ini, Vivo mengenakan pengimbas cap jari terbina dalam paparan telefon.

Jika tak mahu mencomotkan paparan, anda boleh gunakan fungsi face unlock untuk membuka telefon.



Beralih ke papan utama, ia dikuasakan SoC MediaTek Helio P65. SoC ini, jika diteliti pada spesifikasi teknikalnya, adalah setara dengan Snapdragon 710. Jadi, anda boleh jangkakan prestasi yang selari dengan telefon seperti Realme 3 Pro dan OPPO Reno.

SoC itu ditemani RAM seluas 6GB dan storan seluas 128GB. Bagusnya adalah storan boleh diperluas melalui slot hibrid.

Di jabatan pengimejan, belakang Vivo S1 ada tiga buah kamera belakang dengan spesifikasi berikut:

  • 16MP F1.78
  • 8MP F2.2
  • 2MP F2.4 (bokeh)

Untuk selfie, ia diberikan kamera 32MP dengan bukaan apertur F2.0.

Kesemua kelengkapan elektronik telefon ini mengambil tenaga daripada bateri sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah Vivo S1, tempahannya sudah dibuka sehingga 26 Julai 2019 ini. Harganya ialah RM1,099. Promosi tempahan yang sedang berjalan adalah apabila anda bayar RM50 untuk tempahan, anda akan terima RM50 rebat keatas harga asalnya.

Jadi, anda hanya membayar RM1,049 sepanjang promosi. Lebih menarik, anda beroleh speaker Bluetooth percuma bersama dengan pembeliannya.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: vivoVivo S1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vivo S1 Bersaing Dalam Kelas Midrange Dengan Bateri Besar Dan Kamera AI 32MP

Vivo S1 Bersaing Dalam Kelas Midrange Dengan Bateri Besar Dan Kamera AI 32MP

24 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN