• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Lens kini tiba di carian Google Images, cara lebih mudah mencari info di dalam gambar

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Google Lens kini tiba di carian Google Images, cara lebih mudah mencari info di dalam gambar
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda membuat carian di Google, kemudian ternampak satu gambar yang menarik perhatian. Anda pun cuba membuat carian dengan membuka laman carian Google Images, kemudian menampal alamat pautan gambar tersebut, atau memuat naik gambar tersebut di laman carian itu.

Kini ada cara lagi mudah untuk mencari maklumat gambar yang ditemui di enjin carian Google. Dengan Google Lens.



Google kini menawarkan perkhidmatan Google Lens ke dalam enjin carian Google. Ia berfungsi sama seperti Lens di Google Assistant dan Google Photos.

Setiap kali anda melihat gambar di dalam enjin carian, anda boleh melihat logo Lens di bawah gambar tersebut dan tekan padanya untuk membuat carian tentang gambar tersebut.



Akan muncul beberapa titik di gambar tersebut, menandakan ia telah mengenalpasti apa yang ada di dalam gambar dan sedia untuk memberitahu anda maklumat lanjut tentangnya. Anda juga boleh melukis di sekeliling objek di dalam gambar untuk memahami objek tersebut, dan ia akan memaparkan imej-imej serupa yang boleh anda terokai.

Lens bagi Google Images kini boleh didapati di pelayar mudah alih dan juga aplikasi Google di mana-mana Google Images boleh digunakan.

Tags: GoogleGoogle ImagesGoogle Lens
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Google Lens kini tiba di carian Google Images, cara lebih mudah mencari info di dalam gambar

Google Lens kini tiba di carian Google Images, cara lebih mudah mencari info di dalam gambar

26 July 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN