• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM akan naik taraf semua pengguna Streamyx menggunakan fiber, wayarles atau GigaWire selewatnya pada 2021

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 27/07/2019
  • Komen
TM akan naik taraf semua pengguna Streamyx menggunakan fiber, wayarles atau GigaWire selewatnya pada 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo menggesa Telekom Malaysia (TM) untuk membentangkan pelan penyelesaian bagi pengguna Streamyx yang kian lama tertangguh. Hari ini, TM telah sedia mengumumkan perancangan mereka untuk menaik taraf semua pengguna Streamyx dan Unifi yang terlibat.

Untuk mengatasi kekangan yang terdapat di kabel tembaga, TM akan menaik taraf kawasan tersebut menggunakan teknologi seperti fiber, wayarles dan GigaWire. Menurut TM, pelanggan akan dinaiktaraf mengikut fasa bermula hari ini, dan dijangka selesai pada tahun 2021. TM mensasarkan untuk menyiapkan 70% naik taraf menjelang akhir 2020.



Perancangan TM ini dibentangkan kepada menteri serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di majlsi Kembara Digital Malaysia yang berlangsung di Ipoh, Perak. Untuk melaksanakan projek berskala besar ini, TM merancang untuk mendapatkan sokongan kerajaaan dengan menggunakan dana sedia ada bagi memberikan pengalaman internet yang lebih baik di luar bandar, sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Sementara itu, pengguna Streamyx yang berada di luar liputan Unifi akan menikmati kadar langganan lebih rendah. TM mengumumkan pelan permulaan Streamyx 8Mbps dengan kadar RM89/bulan. Bagi pengguna Streamyx sedia ada, mereka hanya perlu membayar RM69/bulan untuk pelan yang sama.



TM menyatakan, mereka telah menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi dengan kelajuan turbo 10x sehingga April 2019. Bagaimanapun, masih ada 934,000 pelanggan Streamyx dan Unifi yang masih belum menerima naik taraf.

TM juga berkongsi bahawa 266,000 pelanggan Streamyx di kawasan liputan Unifi telah bertukar ke jalur lebar fiber. Manakala 226,000 lagi telah menerima naik taraf kelajuan 2x.

Tags: streamyxTMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
TM akan naik taraf semua pengguna Streamyx menggunakan fiber, wayarles atau GigaWire selewatnya pada 2021

TM akan naik taraf semua pengguna Streamyx menggunakan fiber, wayarles atau GigaWire selewatnya pada 2021

27 July 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER