• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga bulan ConnectMe percuma untuk 62 pendaftaran baru sebelum 31 Ogos

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 02/08/2019
  • Komen
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu pilihan sambungan internet di kawasan yang tiada liputan jalur lebar tetap atau rangkaian 4G, ialah dengan sambungan satelit. Antaranya penyedia sambungan internet melalui satelit di Malaysia ialah ConnectMe.

Sempena sambutan Hari Merdeka ke-62, ConnectMe menawarkan 3 bulan langganan percuma untuk pendaftaran baru. Bagaimanapun, tawaran ini terbuka kepada 62 pendaftaran terawal yang melanggan pelan Ultimate, dengan menggunakan kod promosi “Merdeka62” sebelum 31 Ogos 2019.



Pakej Ultimate dengan kuota tanpa had berharga RM138/bulan. Selain Ultimate, ConnectMe juga menawarkan pelan Super RM98/bulan, dengan kuota sebanyak 60GB.

Seperti pelan jalur lebar tetap lain, pendaftaran ConnectMe datang bersama kontrak selama 24-bulan. Pengguna juga perlu membayar deposit 1 bulan serta 1 bulan lagi bayaran awal.



Untuk pemasangan, pengguna di Malaysia Barat dikenakan caj RM300 manakala pengguna di Malaysia Timur pula dicaj RM600. Caj tambahan turut dikenakan jika premis pengguna terletak 30km di luar bandar terdekat.

ConnectMe menyatakan kelajuan internet mereka secara purata mencecah 25Mbps untuk muat turun. Mereka pernah memperlihatkan kelajuan muat turun menghampiri 20Mbps sewaktu hujan. Sambungan satelit juga memiliki masa lengah yang panjang, sekitar 500ms. Untuk muat naik pula kelajuannya lebih perlahan, sekitar 1Mbps.

Sudah pasti ConnectMe bukan pilihan yang baik untuk bermain game masa nyata. Tetapi ia mencukupi untuk melayari internet serta menstrim video dengan kualiti yang baik. Kelebihan utama satelit ialah liputan 100%, walau dimana jua anda berada di Malaysia. Sama seperti Astro.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di laman web ConnectMe.

Sumber: Facebook

Tags: ConnectmeMerdeka
Najib

Najib

POPULAR

Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

Tiga bulan ConnectMe percuma untuk 62 pendaftaran baru sebelum 31 Ogos

2 August 2019
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER