• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Watch Active2 Terima Naik Taraf Minimum Tapi Dialu-alukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:11 am
  • 06/08/2019
  • Komen
Samsung Galaxy Watch Active2 Terima Naik Taraf Minimum Tapi Dialu-alukan
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini telah mengumumkan Galaxy Watch Active2, jam tangan pintar yang menggantikan Watch Active asal yang mereka umumkan bersama-sama Galaxy S10 tempoh hari di MWC 2019. Dalam senggang masa yang singkat itu, saya tak nampak begitu banyak perubahan ketara pada fizikalitinya.

Masih mengekalkan rupa paras sebelum ini, terdapat dua perubahan ketara yang akan anda temui. Yang pertama adalah ia kini dilengkapi ciri navigasi menggunakan bazel maya. Apabila anda menyentuh bahagian pingir paparan, anda boleh leretkan sentuhan disepanjang bingkai paaran untuk lakukan pemilihan. Ia untuk berikan pengalaman menatal senarai seperti memusingkan bazel mekanikal pada Galaxy Watch.



Perubahan yang kedua adalah komponen pengesan denyutan nadinya telah ditambah baik. Daripada mengesan denyutan biasa, ia kini ada fungsi elektrokardiogram (ECG) yang berikan bacaan jantung yang lebih jitu. Namun, seperti Apple, ia memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk digunakan. Tanpa kelulusan, komponen itu hanyalah jadi pengesan denyut nadi biasa.

Tidaklah diketahui butiran specs Galaxy Active Watch2 ini kerana laman rasmi produk tidak pula menyenaraikannya. Tapi, jika Samsung masih kekalkan specs teknikalnya, anda boleh jangkakan Active Watch2 menggunkaan komponen seperti:



  • Paparan Super AMOLED 360 x 360
  • SoC Exynos 9110
  • Tizen OS 4.0
  • RAM 750MB
  • Storan 4GB
  • Bluetooth 4.2

Jika harga Watch Active2 dikekalkan seperti iterasi sebelumnya, anda boleh katakan yang inilah gajet dengan Samsung Pay termurah boleh anda miliki. Untuk perbandingna Watch Active asal dijual pada harga RM799.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy watch activesamsung galaxy watch active2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Watch Active2 Terima Naik Taraf Minimum Tapi Dialu-alukan

Samsung Galaxy Watch Active2 Terima Naik Taraf Minimum Tapi Dialu-alukan

6 August 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN