• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 2 boleh ditempah sekarang dengan harga lebih murah dari generasi pertama

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 09/08/2019
  • Komen
Apa yang baru dengan ROG Phone II?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar gaming terbaik masakini, ASUS ROG Phone 2 nampaknya sudah boleh dibeli di Malaysia. Bagaimanapun, ia bukanlah set rasmi sebaliknya set yang diimport, dipercayai dari China.

Tetapi, harga yang ditawarkan oleh set import ini lebih rendah dari harga rasmi ROG Phone pertama yang dilancarkan tahun lepas. Salah satu penjualnya ialah kedai di Shopee.



Penjual di Shopee ini menjual ROG Phone 2 dengan RAM 8GB dan storan 128GB pada harga RM2,999 sahaja. ROG Phone generasi pertama, dilancarkan di Malaysia tahun lepas dengan harga RM3,499 bersama RAM 8GB dan storan 128GB.

Perlu diingatkan, ini ialah set import dan ia datang dengan jaminan penjual selama setahun. Senarai peranti ini menyatakan ia adalah tempahan awal dan akan dihantar dalam masa 7 hari. Ia juga disenaraikan dengan perlindungan Shopee Guarantee, di mana Shopee akan memberikan wang jualan kepada penjual, selepas mendapat pengesahan penerimaan pembeli. Dengan cara ini, pembeli boleh memeriksa dahulu ketulenan produk dan meminta wang dikembalikan jika tidak berpuas hati.



Selain dari penjual di Shopee, terdapat juga penjual di Lazada yang menawarkan ROG Phone 2 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Penjual tersebut menyatakan, ia akan tiba tidak lama lagi dan memaparkan harga palsu RM9,999. Bermakna, harga jualannya yang sebenar masih belum diketahui.

ROG Phone 2 dikuasakan pemproses terbaru, Snapdragon 855+. Skrinnya berukuran 6.59-inci HD Penuh+ dengan kelajuan segar semula sehingga 120Hz, serta tiada takuk dan lubang. Sebaliknya ia menggunakan cara lama dengan bingkai tebal di atas dan bawah. Ini kerana ia meletakkan speaker stereo di atas dan bawah skrin.

Sistem penyejukan dalaman telah dipertingkat dan ia juga menggunakan butang AirTrigger II yang lebih tepat dan jitu, menjadikan pengalaman bermain game yang lebih menarik. Ia turut mengekalkan jek audio 3.5mm.

Dua kamera belakangnya menggandingkan kamera utama 48MP dan kamera 13MP. Untuk kamera hadapan pula menggunakan kamera 24MP. Lebih menarik, telefon ini memiliki bateri sangat besar 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W USB-C.

Tags: asusasus rog phone 2LazadaShopee
Najib

Najib

POPULAR

Apa yang baru dengan ROG Phone II?

ROG Phone 2 boleh ditempah sekarang dengan harga lebih murah dari generasi pertama

9 August 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN