• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T

  • OLEH Najib
  • 4:31 pm
  • 09/08/2019
  • Komen
Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus dulu dikenali sebagai ‘flagship killer’ di mana mereka menghasilkan telefon pintar berprestasi tinggi dengan harga amat rendah. Tapi dari masa ke semasa, harga peranti OnePlus kian meningkat dan kini sama dengan Samsung siri-S dan Huawei siri-P.

Hari ini, pengedar OnePlus di Malaysia, Xianfeng Technology mengumumkan promosi bulan merdeka di mana harga beberapa model OnePlus diturunkan dan datang dengan hadiah percuma. Model tersebut ialah OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T.



Semasa dilancarkan di Malaysia, OnePlus 7 Pro dijual dengan harga sehingga RM4,199, yang datang dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia kapasiti yang sama dengan Galaxy Note 10+ yang juga dijual pada harga RM4,199.

Harga promosi untuk OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T di bulan kemerdekaan ini ialah:



  • OnePlus 6T (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM2,458 RM2,159
  • OnePlus 6T (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,738 RM2,299
  • OnePlus 7 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM2,999 tidak berubah
  • OnePlus 7 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,699 RM3,399
  • OnePlus 7 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,199 RM3,799

Selain turun harga, Xianfeng menawarkan hadiah percuma berupa jaminan keretakan skrin selama setahun untuk semua model di atas. Hadiah tambahan berupa kabel Warp diberikan untuk OnePlus 6T RAM 6GB, dan fon kepala USB-C bagi OnePlus 6T RAM 8GB. Semua telefon ini datang dengan jaminan selama 2-tahun.

OnePlus 6T ialah peranti flagship yang dilancarkan tahun lepas, memiliki kuasa Snapdragon 845, RAM sehingga 10GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya dari jenis Optic AMOLED berukuran 6.41-inci FHD+, bertakuk kecil serta memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

  • 3 kamera belakang OnePlus 7 Pro
  • Kamera pop-up OnePlus 7 Pro

OnePlus 7 Pro pula baru dilancarkan tahun ini, diperkasa pemproses Snadpragon 855. Ia memiliki paparan Fluid AMOLED 90hz, berukuran 6.67-inci dengan resolusi QHD+. Ia memiliki tiga kamera belakang, yang diiktiraf DxOMark di tangga kedua terbaik di telefon pintar. Kamera hadapannya pula tersembunyi di dalam modul pop-up, menhadikan skrinnya bersaiz penuh tanpa takuk atau lubang.

Jika berminat untuk mendapatkan promosi merdeka OnePlus ini, boleh layari Stor OnePlus di Shopee dan Lazada.

Sumber: OnePlus

Tags: MerdekaOnePlusoneplus 6toneplus 7 pro
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T

Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T

9 August 2019
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN