• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri-T OnePlus 7 akan tiba sekitar Oktober, atau November?

  • OLEH Najib
  • 5:43 pm
  • 13/08/2019
  • Komen
Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak generasi ketiga, OnePlus telah mengamalkan pelancaran siri flagship setiap 6-bulan. Model baru dilancarkan pada pertengahan tahun pertama dan siri-T yang dinaik taraf diperkenal pada pertengahan kedua. Kerana itu, khabar angin berkenaan OnePlus 7T telah mula diperkatakan.

Satu berita tentang tarikh pelancaran OnePlus 7T menyatakan ia akan dilancarkan pada 15 Oktober 2019. Tarikh ini boleh dikatakan selaras dengan pelancaran OnePlus 7 yang dibuat pada 14 Mei 2019 dan OnePlus 6T tahun lepas pada 29 Oktober.



15 Oktober?

Perkara ini dikhabarkan oleh Max J. menerusi twitternya (@Samsung_News_). Beliau sering berkongsi berita terbocor tentang Samsung tetapi kali ini menyatakan mendapat berita tentang OnePlus 7T. Beliau turut berkongsi gambar sebuah telefon pintar dengan tarikh Oct 15th. Bagaimanapun, tiada perkara baru boleh dilihat pada gambar tersebut.

1+ pic.twitter.com/Gvg6EedH13

— Max Jambor (@MaxJmb) August 11, 2019

Mengikut adat budaya OnePlus, siri-T bukanlah model serba baru tetapi ia diberi sedikit naik taraf berbanding model sebelumnya. Dalam kata lain, ia adalah versi lebih sempurna kerana membaiki kekurangan yang terdapat pada siri biasa.



Antara peningkatan yang terdapat dalam OnePlus 6T berbanding OnePlus 6 ialah skrin lebih besar dan resolusi lebih tinggi, pengimbas capjari di dalam skrin, takuk lebih kecil, bateri lebih besar dan penambahan mod malam di kamera.

Bukan 15 Oktober?

Tetapi dalam satu laporan oleh TechRadar, mereka menyatakan telah menerima maklumat dalaman yang menyatakan 15 Oktober bukanlah tarikh pelancaran OnePlus 7T. Walaupun begitu, tiada tarikh lain disebut untuk pelancarannya. Memandangkan berita ini masih khabar angin, kita masih tidak boleh mengesahkannya dengan tepat berkenaan tarikh pelancaran OnePlus 7T ini.

Dalam hal lain, OnePlus 7 merupakan siri pertama diperkenalkan dalam dua model, OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Persoalannya, adakah OnePlus akan menghasilkan siri-T untuk kedua-dua model, atau di model Pro sahaja.

Di Malaysia, hanya OnePlus 7 Pro yang dijual secara rasmi. Tetapi harganya hampir sama dengan model flagship dari Samsung dan Huawei, mencecah RM4,199 untuk model terbaik dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Selepas Galaxy Note 10 dilancarkan, harga rasminya telah turun sehingga RM400.

Apakah peningkatan yang anda harapkan di OnePlus 7T atau 7T Pro kelak? Bateri lebih besar atau kedudukan kamera pop-up di tengah?

Sumber: Max J, TechRadar

Tags: OnePlusOnePlus 7OnePlus 7T
Najib

Najib

POPULAR

Promosi merdeka turunkan harga OnePlus 7 Pro dan OnePlus 6T

Siri-T OnePlus 7 akan tiba sekitar Oktober, atau November?

13 August 2019
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN