Artikel ini dibawakan oleh Time Internet
Kelajuan capaian Internet jalur lebar di Malaysia telah meningkat tiga kali ganda dalam tahun 2018 saja. Daripada 23Mbps yang direkodkan dalam bulan Januari 2018, ia telah memecut kepada 62Mbps dalam masa 9 bulan sahaja.
Kemudian, dalam bulan Jun 2019, laporan SpeedTest Global Index menunjukkan yang ia sekali lagi menokok kepada 66Mbps ataupun hampir 30 peratus lebih tinggi daripada purata global 51Mbps.
Ini adalah berita yang menggembirakan kerana Internet yang pantas melicinkan pelbagai perkara, lebih-lebih lagi dalam era digital masa kini. Salah satu manfaat utama yang boleh dinikmati adalah keupayaan muat turun fail yang besar dengan lebih pantas dan juga nikmati strim pada kualiti yang lebih tinggi. Hasilnya, pengalaman menonton YouTube dan mendengar lagu di Spotify menjadi lebih baik hasil penambahbaikkan pada kelajuan Internet.
Namun, berapa pantaskah kelajuan Internet yang anda perlukan, terutamanya jika anda pengguna tunggak? Adakah anda perlukan kelajuan yang mencecah ratusan megabit per saat?
Jawapannya: Ya.
Lebih banyak gajet anda ada, lebih tinggi megabit per saat diperlukan
Sudah menjadi lumrah untuk masayarakt di Malaysia untuk miliki lebih daripada satu gajet yang boleh berhubung dengan Internet. Ia dibuktikan apabila, menurut kajian Statista, lebih 40% warga Malaysia menggunakan telefon pintar, tablet, PC, malah jam tangan pintar, serentak. Itu belum dikira peralatan rumah yang ada ciri pintar dan perlukan sambungan Internet untuk beroperasi sepenuhnya
Pertumbuhan pesat industry Internet of Things (IoT) menyumbang kepada kesesakan trafik Internet saban hari. Perlatan seperti TV pintar, set-top-box, konsol permainan, malah CCTV dan sistem lampu pintar adalah sebahagian kecil daripadanya. Himpunkan semua alat-alat ini, dalam masa yang singkat anda dapati yang bandwidth Internet anda akan semakin sumbat, walaupun anda tinggal seorang.
Selain peralatan IoT, penambahbaikkan daripada segi kualiti kandungan juga sedikit demi sedikit menjamah bandwidth Internet anda. Jika dulunya, kandungan beresolusi SD 480p boleh ditonton dengan lancar pada sambungan 5 hingga 10 Mbps, hari ini kita ada kandungan sehingga 8K di YouTube dan Netfix yang tentunya perlukan sambungan yang berlipat kali ganda lebih pantas bagi menjanjikan pengalaman menonton yang lancar.
Bagi mengukuhkan hujah mengapa anda perlukan halaju Internet yang pantas adalah dalam era ini, penyiaran sudah berpindah kepada kaedah penstriman. Pengguna mahu menonton apa yang mereka mahu pada masa yang mereka pilih, bukan lagi menyelak akhbar untuk rujuk intisari rancangan hari ini. Platform seperti Netflix kini bertumbuh sangat pantas.
Di Netflix, mereka menyarankan anda miliki sambungan Internet sekurang-kurangnya 25Mbps untuk menonton dalam resolusi HD. Itu adalah kelajuan purata 40% pengguna di Malaysia. Cuba bayangkan dengan segala peralatan yang bersambung ke Internet sekarang, sudah tentu kelajuan purata bukanlah jawapannya.
Anda seorang gamers?Jika anda sering “berperang” di alam maya dalam arena kompetetif, anda tentu menyedari yang sambungan Internet yang stabil amatlah penting. Jeda hanya beberapa milisaat pasti berikan kesan yang besar dalam permainan online yang anda main.
Lebih banyak pengguna, lebih tinggi kelajuan yang diperlukan
Tadi kita bercerita tengan anda tinggal berseorangan. Cuba pula lihat pada situsai berikutnya iaitu anda tinggal dengan keluarga atuapun rakan-rakan. Dalam satu-satu masa, sudah tentu ada yang sedang layani strim, ada yang sedang gaming, ada yang sedang muat turun naik video YouTube terbaru.
Situasi seterusnya yang ingin saya garap adalah parti local area network (LAN). Beberapa kenalan dating bawa mesin gaming mereka sendiri dan berhubung dengan rangkaian Internet kita. Adalah penting untuk pastikan setiap peserta rangkaian beroleh bandwidth yang secukupnya, kalau tak, sudah tentu parti anda jadi tak seronok.
Itu kita cerita tentang hari ini. Bagaimana pula dengan hari esok, bila TV beresolusi 8K jadi ruji di ruang-ruang tamu kediaman? Di tambah pula dengan servis gaming berasaskan awan seperti Google Stadia dan Apple Arcade.
Selari dengan pertumbuhan teknologi, kelajuan Internet juga perlu menelusuri arus yang sama. Bukan saja kelajuan tinggi, lebih penting, setiap orang yang ada dalam rangkaian yang sama dengan kita menikmati kelajuan yang munasabah.
Servis Jalur Lebar Terpantas Malaysia
Ini mungkin masanya anda berkira-kira untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar daripada Time, penyedia Internet jalur lebar terpantas Malaysia, menurut SpeedTest. Menurut laman web penguji kelajuan jalur lebar itu, Time mencatatkan kelajuan purata melebihi 110Mbps. Untuk berikan anda perspektif, pesaing Time yang paling hampir pun hanya mencatatkan kelajuan purata 40Mbps atapun 175% lebih rendah.
Tidaklah menghairankan apabila Time mampu menawarkan purata kelajuan sebegitu tinggi disebabkan mereka beroperasi 100% diatas kelengkapan fiber optik dan tidak bergantung pada kabel tembaga. Ia membolehkan Time menaik taraf kelajuan pelanggannya tanpa sebarang masalah infrastruktur lapuk.
Tapi, anda jangan pula ingat pelan Internet daripada Time mahal. Mereka menawarkan capaian 100Mbps pada harga RM99/bulan sahaja. Kalau tak cukup pantas, anda bolehlah langgan pelan 1Gbps (benar, 1000Mbps!) pada harga RM199. Untuk perbandingan harga, pesaing terdekat mereka menawarkan pelan 800Mbps pada harga RM299/bulan. Ia RM100 lebih mahal untuk pelan yang 200Mbps lebih perlahan.
Jika anda ditanya bolehkah pelan Internet yang anda langgan hari ini menampung segala gajet-gajet anda? Jika anda rasakan tidak, TIME sudan tentu ada jawapan yang anda cari.