• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo bagi diskaun untuk mereka yang lahir bulan Ogos

  • OLEH Najib
  • 6:44 pm
  • 19/08/2019
  • Komen
Vivo bagi diskaun untuk mereka yang lahir bulan Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos. Jika anda mahu membeli telefon pintar Vivo V15 atau V15 Pro, anda akan menerima diskaun sebanyak RM100. Ia diadakan sempena Hari Merdeka Malaysia bulan Ogos ini.

Promosi ini boleh didapati di semua Stor Konsep Vivo serta rakan peniaga yang menyertai. Ia berjalan dari hari ini, 19 Ogos sehingga 2 September 2019, khas untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos sahaja.



Telefon pintar Vivo V15 Pro dengan RAM 8GB dan storan 128GB dijual pada harga RM1,899 manakala Vivo V15 dengan RAM 6GB dan storan 128GB pula berharga RM1,299. Dengan diskaun RM100 untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos, ia menjadikan harga Vivo V15 Pro kepada RM1,799 dan Vivo V15 pula RM1,199.

Vivo V15 Pro

Vivo V15 dan V15 Pro memiliki kamera hadapan pop-up 32MP. Vivo V15 Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 675, skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+, serta pengimbas capjari di dalam skrin. Kamera di belakangnya pula gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan pengesan kedalaman 5MP.



Vivo V15

Vivo V15 pula memiliki pemproses Mediatek Helio P70, skrin LCD 6.53-inci HD penuh+ dan pengimbas capjari fizikal di belakang. Di belakang pula, ia dilengkapi tiga kamera iaitu lensa utama 12MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP.

Ikuti Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web Vivo Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tags: MerdekavivoVivo V15Vivo V15 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Vivo bagi diskaun untuk mereka yang lahir bulan Ogos

Vivo bagi diskaun untuk mereka yang lahir bulan Ogos

19 August 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN