• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Raikan bulan kemerdekaan menerusi 40 filem dan dokumentari di Astro dan NJOI secara percuma

  • OLEH Najib
  • 7:50 pm
  • 22/08/2019
  • Komen
Raikan bulan kemerdekaan menerusi 40 filem dan dokumentari di Astro dan NJOI secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, Astro menawarkan lebih 40 filem dan dokumentari Malaysia yang premium, secara percuma untuk ditonton oleh semua pelanggan Astro dan NJOI.

Bermula dari 30 Ogos sehingga 17 September 2019, orang ramai boleh menonton filem dan dokumentari Malaysia ini menerusi saluran HD Malaysiaku (CH 700) di Astro TV, On-Demand serta di aplikasi Astro GO serta NJOI.



Antara filem popular yang akan dipersembahkan di saluran Malaysiaku ialah karya klasik P. Ramlee seperti Pendekar Bujang Lapok dan Sarjan Hassan, filem arahan Yasmin Ahmad seperti Sepet dan Gubra, serta filem pecah panggung buatan Malaysia seperti Ola Bola, Hantu Kak Limah dan Paskal.

Untuk yang meminati siri dokumentari, Astro menyajikan rancangan seperti:



  • Tun Dr. Mahathir: Perjuangan Belum Selesai – sebuah dokumentari mengenang semula pilihan raya umum tahun 2018
  • Serve & Smash: The Thomas Cup 1992 – mengenai perjalanan menuju kejayaan badminton pada tahun 1992
  • Sapok Biki: The Iban Boxer – cerita tentang meletakkan Malaysia di peta antarabangsa untuk tinju
  • Tigers Resurrected: The Suzuki Cup 2010 – menghidupkan semula suasana yang mengagumkan ketika Malaysia berhadapan dengan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki

Rancangan untuk kanak-kanak turut disediakan seperti tayangan marathon 3-hari Upin & Ipin, antaranya episod Upin & Ipin Angkasa serta Ultraman Ribut. Tidak ketinggalan juga, Astro akan menayangkan filem hero kegemaran ramai, BoBoiBoy The Movie.

Untuk maklumat lanjut mengenai saluran Malaysiaku (CH700), layari laman web www.watchod.com.

Tags: astroAstro NJOIMerdeka
Najib

Najib

POPULAR

Raikan bulan kemerdekaan menerusi 40 filem dan dokumentari di Astro dan NJOI secara percuma

Raikan bulan kemerdekaan menerusi 40 filem dan dokumentari di Astro dan NJOI secara percuma

22 August 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN