• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Vivo Y12 kekal rendah di Malaysia tetapi storannya digandakan

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 20/09/2019
  • Komen
Harga Vivo Y12 kekal rendah di Malaysia tetapi storannya digandakan
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia hari ini mengumumkan sedikit facelift, kepada telefon pintar Vivo Y12 mereka. Pada bulan Julai lepas, Vivo Y12 diperkenalkan di Malaysia dengan RAM 3GB dan storan 32GB pada harga RM599. Kini storannya digandakan kepada 64GB tetapi harganya masih kekal, RM599 sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan Vivo Y12 dengan storan 64GB ini di semua Stor Konsep Vivo, pengedar sah Vivo dan rakan niaga Vivo di seluruh Malaysia.



Vivo Y12 adalah telefon pintar mampu milik yang dikuasakan pemproses Mediatek Helio P22 8-teras berkelajuan 2.0GHz. RAM di dalamnya 3GB dan storannya kini 64GB. Storannya boleh diluaskan lagi menggunakan kad mikroSD sehingga 256GB.

Terdapat 3 kamera di belakang Vivo Y12, menggabungkan kamera utama 13MP F2.2, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan lensa 8MP F1.8.



Skrin Vivo Y12 berukuran 6.53-inci HD, dari jenis LCD dengan takuk kecil di atas menempatkan kamera hadapan. Bateri di dalamnya sangat besar, berkapasiti 5,000mAh tetapi datang dengan pengecas 10W sahaja. Pengimbas capjari terdapat di belakang badannya.

Vivo Y12 menjalankan sistem operasi FunTouch OS9 berasaskan Android 9 Pie dan ia menyokong dwi kad SIM, WiFi, GPS, bluetooth v5.0, USB OTG, serta Radio FM.

Vivo Malaysia menyediakan 2 warna untuk Vivo Y12 dengan stoan baru ini, iaitu Aqua Blue dan burgundy Red. Seperti yang dimaklumkan tadi, harga jualannya masih kekal RM599.

Tags: vivoVivo Y12
Najib

Najib

POPULAR

Harga Vivo Y12 kekal rendah di Malaysia tetapi storannya digandakan

Harga Vivo Y12 kekal rendah di Malaysia tetapi storannya digandakan

20 September 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN