• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan tiba pada 8 Oktober

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 30/09/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah memberi petunjuk akan melancarkan siri Redmi Note 8 di Malaysia. Kini mereka telah mengesahkan, tarikh pelancarannya akan diadakan pada 8 Oktober 2019, di sebuah tempat dengan nombor 8.

Walaupun dengan nama yang sama, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro memiliki banyak perbezaan dari segi luaran dan dalaman.



Redmi Note 8 Pro

Ini adalah telefon pertama Xiaomi dengan kamera 64MP dan yang pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia. Ia adalah sebahagian dari gandingan 4 kamera di belakangnya.

Di dalam, ia dikuasakan pemproses Mediatek Helio G90T bersama bateri lebih besar 4,500mAh. Skrinnya pula berukuran 6.53-inci dsri jenis LCD dengan resolusi HD Penuh+.



Redmi Note 8

Saiz skrin Redmi Note 8 lebih kecil, berukuran 6.3-inci juga dari jenis LCD dan resolusi HD Penuh+. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 665 dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.

Walaupun menggunakan 4 kamera juga di belakang, kamera utama Redmi Note 8 memiliki resolusi 48MP sahaja. Baterinya sedikit kecil, 4,000mAh tetapi masih menyokong pengecasan pantas 18W.

Harga jualan siri Redmi Note 8 di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi kami menjangka ia akan dijual pada harga bermula di bawah RM1,000. Nantikan pengumuman rasminya pada 8 Oktober kelak.

Sementara itu, saksikan video buka kotak kami di bawah ini:

Tags: RedmiRedmi Note 8Redmi Note 8 Proxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan tiba pada 8 Oktober

30 September 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN