• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Fold akan tiba di Malaysia bulan ini

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 01/10/2019
  • Komen
Samsung Galaxy Fold akan tiba di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah ditangguhkan penjualannya pada bulan April lepas, kini Samsung Malaysia mengesahkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat mereka, Galaxy Fold akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi. Tarikhnya masih belum diumumkan tetapi tempahan awalnya di Malaysia akan dibuka dalam masa terdekat.

Jualan Galaxy Fold di luar negara telah mendapat sambutan yang hangat. Ia telah habis dijual di Singapura dan Korea bulan lepas. Malah, ada yang menjualnya semula dengan harga lebih dua kali ganda dari harga asalnya.



Untuk perbandingan, Galaxy Fold telah dijual di Singapura pada harga SGD3,088 (~RM9,344). Ia merupakan set yang menyokong rangkaian 4G LTE (tiada 5G) dengan RAM sebanyak 12GB dan storan dalaman pula 512GB. Semasa pelancarannya bulan April lepas, ia diumumkan berharga USD1,980 (~RM8,303).

Dari harga di Singapura dan Amerika ini, kita boleh menjangkakan harga Galaxy Fold di Malaysia kelak lebih rendah. Ini kerana harga peranti Samsung terutama sekali kelas flagship, sentiasa lebih rendah lepas tukaran matawang berbanding Singapura dan Amerika.



Jadi, mungkin kita boleh melihat set rasmi Galaxy Fold di Malaysia sekitar RM7,999.

Jika anda tidak sabar untuk memilikinya sekarang, Mobile 2 Go telah pun menjual Galaxy Fold yang diimport dari Singapura pada harga RM13,888.

Dari set Singapura ini, kita boleh melihat di dalam kotak, ia datang bersama casing getah, Galaxy Buds dan kepala pengecas pantas 15W. Terdapat dua warna pilihan untuk Galaxy Fold iaitu Space Silver dan Cosmos Black.

Kalau anda belum kenal, Galaxy Fold ialah telefon pintar yang mempunyai dua skrin, salah satu darinya boleh dilipat. Di luar, ia mengguakan skrin Super AMOLED HD+ berukuran 4.6-inci, manakala di dalam ialah skrin Dynamic AMOLED QXGA+ berukuran 7.3-inci dan boleh dilipat.

Kuasa di dalamnya diuruskan oleh pemproses Snapdragon 855 bersama RAM 12GB dan storan 512GB, tiada variasi lain. Baterinya pula hanya 4,380mAh.

Terdapat 6 kamera pada Galaxy Fold. Di belakang ada 3 iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera telefoto 12MP. Di atas skrin 4.6-inci di luar, terdapat kamera swafoto 10MP. Apabila skrin dibuka, terdapat dua lagi kamera di atas skrin 7.3-inci iaitu gandingan kamera 10MP dan 8MP.

Walaupun gagal pertama kalinya, Galaxy Fold yang telah diperbaharui ini nampaknya berjaya menyelesaikan masalah yang timbul sebelum ini. Sehingga kini, belum kedengaran lagi masalah besar timbul dari pengguna yang telah membeli Galaxy Fold.

Adakah anda berminat untuk memiliki telefon pintar Galaxy Fold ini kerana skrinnya yang boleh dilipat, atau ada sebab lain? Boleh kongsikan dengan kami di ruang komen.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, boleh layari laman produk Galaxy Fold. Sementara itu nantikan pengumuman Samsung Malaysia tidak lama lagi.

Tags: samsungsamsung galaxy fold
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung Galaxy Fold akan tiba di Malaysia bulan ini

Samsung Galaxy Fold akan tiba di Malaysia bulan ini

1 October 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER