• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate 30 pilih Malaysia destinasi pertama dijual di luar China

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 03/10/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun diperkenal buat pertama kalinya di Munich, Malaysia merupakan negara pertama ia akan mula dijual selepas China. Bagi menghargai pengguna setia, Huawei membuka peluang kepada pengguna Mate sedia ada untuk menjadi pemilik terawal Huawei Mate 30 Pro.

Bermula hari ini, 3 Oktober 2019 pukul 2 petang, pengguna Mate sedia ada boleh menyemak sama ada mereka layak untuk menyertai Program Pemilikan Eksklusif Huawei Mate 30 Pro di laman web www.mate30proeoc.3ex.com.my



Ini membolehkan mereka menjadi yang terawal membeli Mate 30 Pro, serta menerima hadiah percuma bernilai RM1,155. Hadiah tersebut berupa:

  • Huawei Wireless In-Car SuperCharge charger RM289
  • DJI Osmo Mobile 3 RM499
  • Huawei back casing RM68
  • Huawei Care (jaminan tambahan 1 tahun dan perlindungan keretakan skrin 6 bulan) RM299

Harga jualan untuk siri Mate 30 di Malaysia ialah:



  • Mate 30 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,899
  • Mate 30 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,799

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro boleh dipilih antara dua warna, Hitam dan Perak.

Buat masa ini, Huawei Malaysia belum menyatakan bilakah penjualan siri Mate 30 akan dibuka kepada umum. Perlu tunggu pengumuman selanjutnya.

Tetapi pembeli siri Mate 30 harus mengambil perhatian, telefon pintar ini tidak akan datang dengan Google Mobile Services seperti Playstore, Gmail, Google Maps, YouTube dan banyak lagi perkhidmatan Google yang lain. Ia akan digantikan dengan Huawei Mobile Services, dengan pusat memuat turun aplikasi di Huawei AppGallery.

Adakah anda akan mendapatkan telefon pintar berkuasa tinggi dengan kamera terhebat masakini, tanpa perkhidmatan Google? Ia mungkin terasa aneh tetapi sebenarnya satu kebiasaan untuk peranti di China.

Tags: Huaweihuawei mate 30huawei mate 30 pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Mate 30 pilih Malaysia destinasi pertama dijual di luar China

3 October 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN