• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan tablet Android terhebat di Malaysia bermula hari ini

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 04/10/2019
  • Komen
Dapatkan tablet Android terhebat di Malaysia bermula hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet berkuasa tinggi agak sukar ditemui untuk Android. Tetapi jika anda mahu, Samsung Galaxy Tab S6 kini telah mula dijual di Malaysia, dengan promosi istimewa membeli aksesori tambahan.

Galaxy Tab S6 datang bersama S Pen yang kini dikuasakan fungsi kawalan jauh. Selain digunakan sebagai alat untuk menulis dan melukis, S Pen di Tab S6 juga boleh digunakan untuk menjalankan arahan dari jarak jauh. Malah, ia juga boleh dicas secara magnetik di belakang.



Skrin tablet ini berukuran 10.5-inci, dengan resolusi WQXGA (2560×1600) dari jenis Super AMOLED. Ia dilengkapi empat pembesar suara yang ditala bunyinya oleh AKG bersama teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos. Tablet ini juga menjadi yang pertama keluaran Samsung menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Kuasa dalaman Galaxy Tab S6 digerakkan oleh pemproses Snapdragon 855, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB, atau RAM 8GB dan storan 256GB. Storan ini boleh diluaskan menggunakan kad mikroSD sehingga 1TB.



Di bahagian pengimejan, ia menggunakan dua kamera di belakang, gabungan kamera utama 13MP F2.2 dan kamera ultra lebar 5MP F2.0 dengan bukaan 123-darjah. Ia turut boleh merakam video 4K 30fps. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 8MP F2.0.

Sebagai tablet yang baru, Galaxy Tab S6 menyokong fungsi Samsung DeX di mana ia boleh merubah tablet ini untuk memberikan pengalaman seperti laptop. Dengan memasang Keyboard Book Cover yang dijual berasingan, ia menambah papan kekunci dan trackpad serta menjadikan antaramuka lebih mesra digunakan, ibarat menggunakan sebuah laptop Windows.

Baterinya pula sebesar 7,040mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui sambungan USB-C. Tetapi ia telah membuang jek audio 3.5mm, jadi pilihan untuk bunyi peribadi ialah melalui USB-C atau bluetooth.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Galaxy Tab S6 iaitu Kelabu, Biru dan Merah. Orang ramai boleh mendapatkan Galaxy Tab S6 di Malaysia pada harga RM3,099 bermula hari ini.

Sebagai promosi pengenalan, pembelian Galaxy Tab S6 dari 4 hingga 31 Oktober 2019, melayakkan pembeli untuk membeli Keyboard Book Cover pada harga RM200 sahaja, dari harga asalnya RM699. Ia melengkapkan pengalaman penggunaan Galaxy Tab S6 untuk hasil produktiviti lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tablet ini, layari laman produk Galaxy Tab S6. Lebih banyak info tentang promosi pembelian Keyboard Book Cover RM200 pula boleh didapati di sini.

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S6
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan tablet Android terhebat di Malaysia bermula hari ini

Dapatkan tablet Android terhebat di Malaysia bermula hari ini

4 October 2019
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN