• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Duo Tanda Microsoft Akur Yang Android Adalah Jalan Kedepan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:14 am
  • 04/10/2019
  • Komen
Surface Duo Tanda Microsoft Akur Yang Android Adalah Jalan Kedepan
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft dilihat sedaya upaya untuk munculkan diri di semua tempat. Selain laptop dan earbuds, mereka turut hadir dengan dua buah produk yang dikatakan bakal mewujudkan kategori baru dalam dunia gajet. Surface Neo dan Surface Duo adalah peranti unik yang Microsoft harap boleh berikan kelainan di masa depan.

Kedua-dua produk ini masih lagi dalam fasa prototaip tapi Microsoft tetap mengumumkannya mungkin untuk membina hype sebelum penjualannya yang dijangka pada hujung 2020 kelak.



Neo dan Duo miliki rupa seperti buku dan boleh dilipat. Kedua-duanya ada dwipaparan tapi bukanlah jenis yang boleh lentur seperti yang anda temui pada Galaxy Fold dan Mate X, tapi dua paparan yang dipisahkan oleh engsel boleh kilas 360.

Surface Duo adalah saudara ayang lebih kecil dan ia dimaklumkan menjalankan sistem operasi Android dan bukannya Windows Phone. Ia ada paparan sebesar 5.6″ setiap satu dan apabila dibuka, ia berubah jadi seperti tablet sebsar 8.3″.



Daripada gambar-gambar sewaktu pelancaran, ia ada port USB-C untuk mengecas dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Setakat ini, ia dikuasakan Snapdragon 855 tapi mungkin akan ditambah baik menjealng penjualannya kelak.

Surface Neo miliki paparan yang lebih besar dan menjalankan Windows 10X, sistem oeprasi baru yang dibangunkan khas untuk produk ini. Fizikalitinya seperti laptop Surface biasa tapi bahagian papan kekuncinya ditukar kepada paparan. Ada juga papan kekunci fizikal boleh digunakan bersamanya jika anda masih gemarkan rasa menaip sebenar.

Tidak seperti Surface Duo, Neo diperkasa CPU Intel dan menjadi jambatan antara tablet bersaiz poket dengan laptop dedikasi. Untuk spesifikasi teknikal, Surface Neo ada dua paparan 9″. Ia akan menyokong LTE untuk terus bersambung dengan Internet.

Itu sajalah maklumat yang kita ada tentang dua produk konsep dalam keluar Surface setakat ini. Kedua-duanya akan mula dijual hujung tahun 2020, jadi Microsoft masih ada banyak masa untuk tambah baik kedua-duanya, baik daripada segi perisian mahupun perkakasan.

Sumber: Microsoft

Tags: MicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface duomicrosoft surface neowindows 10x
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Surface Duo Tanda Microsoft Akur Yang Android Adalah Jalan Kedepan

Surface Duo Tanda Microsoft Akur Yang Android Adalah Jalan Kedepan

4 October 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN