• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tinggal 1 minggu lagi peraturan e-hailing dikuatkuasakan tetapi hanya 38% yang sudah miliki lesen PSV

  • OLEH Najib
  • 7:45 pm
  • 04/10/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang untuk pemandu e-hailing di mana mereka harus mendapatkan lesen PSV, serupa seperti pemandu teksi. Perkara ini sepatutnya dikuatkuasakan pada 12 Julai lepas, tetapi ditangguhkan ke 12 Oktober untuk memberi lebih masa.

Kini tinggal 7 hari lagi sebelum tarikh 12 Oktober tiba dan Grab, salah satu dari penyedia perkhidmatan e-hailing di Malaysia berkongsikan data rakan pemandu mereka berkenaan lesen PSV.



Dati sejumlah 150,000 rakan pemandu yang disasarkan di Grab, sebanyak 22% tidak mengambil bahagian dalam proses pendaftaran, sekaligus bakal mengeluarkan mereka terus dari sistem Grab. 14% lagi sedang menjalani latihan PSV dan 13% telah menamatkan latihan tetapi sedang menunggu untuk mengambil ujian.

Sebanyak 13% rakan pemandu telah selesai menduduki ujian dan sedang menunggu lesen PSV mereka dikeluarkan. Baki 38% rakan pemandu telah berjaya mendapatkan lesen PSV dan bersedia untuk meneruskan tugas menjelang 12 Oktober.



Secara ringkasnya, sebanyak 8 dari 10 orang rakan pemandu Grab telah memulakan proses mengambil lesen dan sebanyak 4 dari 10 telah berjaya mendapatkan lesen PSV mereka. Jika jumlah ini tidak bertambah, kita boleh menyaksikan hampir separuh rakan pemandu aktif akan berhenti bertugas apabila peraturan lesen PSV dikuatkuasakan.

Grab telah berusaha membantu rakan pemandu mendapatkan lesen PSV dengan memberi subsidi untuk menampung kos seperti latihan, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan dan yuran lesen. Grab juga membantu pihak berkuatkuasa dengan menyediakan platform latihan dalam talian, serta menyediakan pusat ujian. Grab turut membantu memudahkan urusan pendaftaran PSV di JPJ bagi pihak rakan pemandu.

Masa tambahan 3 bulan yang diberikan kerajaan ini seharusnya dapat digunakan oleh pemandu e-hailing untuk mendapatkan lesen PSV mereka. Tiada lagi alasan tidak cukup masa disebabkan pelbagai kekangan.

Penguatkuasaan undang-undang terhadap pemandu e-hailing adalah perlu untuk melindungi bukan sahaja penumpang, tetapi pemandu sendiri. Ia boleh memastikan pemandu tidak diabaikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan di samping menuruti undang-undang pengangkutan awam di Malaysia.

Tags: GrabPSV
Najib

Najib

POPULAR

Tinggal 1 minggu lagi peraturan e-hailing dikuatkuasakan tetapi hanya 38% yang sudah miliki lesen PSV

4 October 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN