• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala pembatalan hingar pertama Oppo akan dilancar bersama Reno2

  • OLEH Najib
  • 2:32 pm
  • 08/10/2019
  • Komen
Fon kepala pembatalan hingar pertama Oppo akan dilancar bersama Reno2
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo akan melancarkan telefon pintar 4 kamera mereka, siri Reno2 pada 15 Oktober 2019. Selain telefon pintar, Oppo Malaysia juga merancang untuk melancarkan fon kepala pembatalan hingar pertama mereka, Enco Q1.

Enco Q1 adalah fon kepala pembatalan hingar wayarles dalam bentuk cekak leher. Ia merupakan fon kepala yang pertama seumpamanya dihasilkan oleh Oppo.



Fon kepala ini menggunakan teknologi pembatalan bunyi hingar aktif hibrid, di mana mikrofon di depan dan belakang bekerjasama dengan algoritma pembatalan bunyi hingar, bagi memaksimakan halangan bunyi hingar di persekitaran. Ia menggunakan unit pemandu dinamik 11.8mm, serta menyokong format AAC, mod audio 3D dan ditala oleh pasukan akustik khas.

Rekaan Enco Q1 juga ergonomik, memastikan pengguna sentiasa selesa menggunakannya untuk masa yang panjang. Ia sangat ringan dan fleksibel, dengan bentuk menepati rupa telinga agar kekal melekat.



Bateri di dalam Enco Q1 dicas melalui sambungan USB-C dan ia boleh digunakan untuk memainkan muzik sehingga 15 jam dengan pembatalan hingar, atau sehingga 22 jam tanpa pembatalan hingar.

Harga jualannya masih belum diketahui. Sudah pasti lebih banyak maklumat tentang Enco Q1 akan diumumkan kelak semasa majlis pelancarannya pada 15 Oktober nanti.

Tags: oppoOPPO Enco Q1
Najib

Najib

POPULAR

Fon kepala pembatalan hingar pertama Oppo akan dilancar bersama Reno2

Fon kepala pembatalan hingar pertama Oppo akan dilancar bersama Reno2

8 October 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN